Tips ke 16.
Makanlah
apabila anda berasa lapar.
Ada
antara kita mempunyai kecenderungan untuk makan apabila melihat makanan.
Kita
menggunakan istilah parti sebagai alasan untuk makan.
Fahamilah
bahawa kesan daripada diet yang anda lakukan dalam seminggu akan terbazir
begitu sahaja hanya kerana satu parti makanan yang anda sertai.
Bila
mana anda dipelawa mencuba sesuatu untuk dimakan, jangan terus menolaknya,
cubalah ambil sedikit supaya anda dilihat sebagai orang yang menjaga budi
pekerti dan pada masa yang sama anda dapat menjaga diet anda.
Tips ke 17.
Hentikanlah
makan makanan ringan pada waktu makan.
Ia
berlaku kepada mereka yang selalu berjalan atau mengembara.
Mereka
rasa masa yang ada untuk mereka makan adalah dengan makan makanan ringan.
Masalah
utama yang ada pada makanan ringan adalah kebanyakkannya tidak berkhasiat dan
mengandungi banyak lemak serta kalori.
Cuba
fikirkan kentang goreng sebagai contoh…menyelerakan tetapi mengandungi banyak
lemak.
Tips ke 18.
Makanlah
sayur-sayuran.
Anda
mungkin akan merasa sangat lapar diantara masa makan.
Atau
lebih baik, cubalah makan lobak merah. Ia adalah cara terbaik untuk anda
menghilangkan rasa lapar dan juga ianya baik untuk mata dan gigi anda. Benar,
anda akan digelar si arnab, tetapi ia jauh lebih baik daripada digelar si
gemuk.
Tips ke 19.
Minumlah
teh dan kopi.
Teh
dan kopi tidak membahayakan. Apabila anda menambahkan krim dan gula kepadanya, barulah
ia boleh menjadikan kita gemuk.
Adakah
anda tahu bahawa dengan meminum secawan teh atau kopi yang ditambah krim dan dua
kiub gula adalah sama buruknya dengan memakan sepotong kek coklat?
Tips ke 20.
Cuba
amalkan dengan hanya minum teh O atau kopi O sahaja. Teh O atau kopi O
sebenarnya baik untuk badan anda.
Tetapi
secara individu, saya syorkan teh berbanding dengan kopi.
Kafein
dalam kopi tidak baik untuk anda kerana ia adalah alkaloid dan boleh memberi kesan kepada fungsi badan anda yang lain
seperti metabolisma.
Selamat Berdiet.. ;)
2 Ulasan
coffe boleh memberi dorongan sementara untuk meningkatkan metabolisme..Dengan bantuan kefein dalam kopi, tubuh akan mencerna makanan untuk menghasilkan tenaga lebih cepat dari biasanya. Proses ini dikenal sebagai thermogenesis.
BalasPadamKesan kafein akan membuat kita tahan daripada mengantuk dan dapat membakar kalori lebih banyak melalui thermogenesis..
Namun, begitu kafein pada thermogenesis boleh memberi tindak balas yang berbeza pada setiap orang. Tindak balas negatif yang disebabkan oleh kafein adalah seperti berasa gelisah, tidur tak lena, kurang bertenaga, dan boleh menyebabkan kesakitan otot.
bila sampai tips ke 18 tu yg lemah tu..boringnye makan sayur ganti snack..hehe
BalasPadam