Tip ke 21.
Kira
kandungan kalori apabila anda makan.
Ia
adalah satu idea yang baik untuk mengetahui kandungan kalori bagi kebanyakan
makanan.
Jika ia makanan yang berbungkus, maka sudah pasti akan ada data mengenai kandungan kalori yang ada pada makanan berkenaan.
Jika ia makanan yang berbungkus, maka sudah pasti akan ada data mengenai kandungan kalori yang ada pada makanan berkenaan.
Tip ke 22.
Pastikan
anda akan dapat membakar semua kandungan kalori sepanjang minggu berkenaan.
Jika anda rasa anda telah mengambil banyak kalori daripada yang sepatutnya
dalam minggu berkenaan, pastikan anda berusaha lebih untuk menghilangkan kalori
yang berlebihan itu.
Tip ke 23.
Jauhkan
diri daripada makanan yang digoreng.
Makanan
bergoreng adalah makanan yang digoreng dengan minyak atau lemak.
Walaupun
selepas digoreng dan dikeringkan, makanan tersebut tetap mengandungi minyak atau
lemak.
Tip ke 24.
Jangan
tidak makan.
Tindakan
yang paling buruk yang anda lakukan untuk berdiet adalah dengan tidak makan. Anda
akan mendapat kesan yang bertentangan dengan apa yang anda inginkan. Anda harus
makan empat kali dalam sehari.
Tip ke 25.
Sayur-saruran
segar adalah lebih baik daripada sayur-sayuran yang yang telah dimasak atau
ditinkan. Cubalah makan sayur-sayuran tanpa dimasak. Apabila anda memasaknya,
anda sebenarnya telah membuang hampir 50% daripada kandungan vitaminnya.
Sayur-sayuran
yang ditinkan juga telah diproses dan tidak sebaik sayur-sayuran segar. Jika
anda membeli sayur-sayuran, pilihlah sayur yang berlabel ‘bebas pestisid’.
P/s: Sekiranya tip-tip ini bermanfaat kepada anda, sila vote saya dalam DiGi WWWOW Awards dengan klik pada salah satu banner di bawah. Kemudian jangan lupa klik button vote pada laman web DiGI WWWOW Awards.. Terima Kasih ;)

2 Ulasan
Wah banyak tu tips diet! Terima kasih tuan Anuar sebab kongsi, saya suka! :)
BalasPadamTips nya sangat bermanfaat, tapi susah sekali menghindari hala-hal yang dilarang seperti makan gorengan.
BalasPadam