Tips ke 6.
Cuba
masukkan diet anda dengan makanan yang mengandungi banyak air seperti tomato
dan juga labu air.
Ianya
mengandungi 90% hingga 95% air, jadi
anda tidak akan rugi apa-apa dengan memakan atau meminum jusnya.
Ia
akan menyebabkan anda berasa kenyang tanpa menambahkan berat badan anda.
Tips ke 7.
Makanlah
buah-buahan yang segar berbanding meminum jusnya.
Jus
biasanya telah ditambahkan dengan gula supaya lebih manis tetapi buah - buahan
yang segar mengandungi pemanis asli.
Apabila
anda makan buah-buahan, anda sebenarnya telah mengambil banyak bahan fiber yang
mana diperlukan oleh badan, dan buah-buahan juga adalah sumber vitamin.
Tips ke 8.
Jika
anda meminati jus buah-buahan, adalah lebih baik untuk anda memilih jus yang
segar berbanding dengan yang telah ditambah dengan perisa dan bahan pewarna.
Atau
anda sediakan sendiri jus tersebut tanpa menambah gula kepadanya.
Tips ke 9.
Pilih
buah-buahan yang segar berbanding yang telah diproses.
Buah-buahan
yang telah diproses dan ditinkan tidak mengandungi banyak fiber seperti buah - buahan
segar dan makanan jenis ini biasanya telah ditambahkan gula supaya ia berasa
manis.
Tips ke 10.
Lebihkan
kandungan fiber dalam makanan anda.
Seperti
yang saya telah terangkan, badan memerlukan banyak kandungan fiber.
Jadi
cuba masukkan dalam diet anda sebanyak mungkin buah-buahan dan juga
sayur-sayuran.
P/s : Jangan lupa singgah ke blog saya lagi pada esok hari untuk mendapatkan 5 lagi tips yang berikutnya.. ;)
P/s : Jangan lupa singgah ke blog saya lagi pada esok hari untuk mendapatkan 5 lagi tips yang berikutnya.. ;)
0 Ulasan