101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 1-5)


Minum air dengan kerap dapat menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat 

Tips 1.

Minumlah banyak air. Badan kita memerlukan banyak air.

Air bukan sahaja akan bertindak untuk menyingkirkan toksin dari badan tetapi jika kandungan air banyak dalam badan anda, secara umumnya anda akan berasa lebih segar dan sihat.

Apa yang baik tentang air ialah ia tidak mengandungi kalori.

Tips 2.

Mulakan hari anda dengan segelas air.

Sebaik sahaja anda bangun dari tidur, minumlah segelas air. Ia adalah cara terbaik untuk memulakan hari anda dan selepas itu anda hanya memerlukan sedikit minuman untuk sarapan pagi.

Segelas air akan mengeluarkan semua jus penghadaman dan menjadi pelincir dalam badan anda. Anda boleh mengambil segelas teh, tetapi biarlah selepas minum segelas air. Ianya sangat baik untuk anda.

Tips 3.

Minumlah segelas air sebelum dan selepas makan.

Air secara amnya akan mengisi ruang didalam perut anda, jadi secara tidak langsung anda akan berasa kenyang walapun sebelumnya tidak memakan apa-apa.

Tips 4.

Dapatkan segelas lagi air semasa anda makan.

Sebenarnya ini adalah satu cara lagi untuk menjadikan anda kenyang supaya anda akan beredar dari meja makan dengan hanya makan sedikit sahaja tetapi merasa kenyang seperti anda telah makan dengan banyak.

Selain daripada minum sekaligus, minumlah sedikit demi sedikit selepas setiap suapan.

Ia akan menolong makanan untuk mendap dengan cepat dalam perut dan seterusnya akan menyebabkan anda berasa kenyang.

Nota : Air merupakan anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingannya, tetapi kita jarang memanfaatkan anugerah Yang Maha Esa ini.

Adakah anda tahu bahawa sebahagian dari berat badan anda sebenarnya adalah 66% terdiri daripada air?

Menakjubkan bukan! Air memainkan peranan yang sangat penting dalam pengawalan berat badan.

Tips 5.

Jauhkan diri anda daripada minuman berbotol yang manis terutamanya minuman bersoda.

Semua air Cola dan juga Fizzi adalah manis kerana mengandungi banyak gula dan gula juga dikaitkan dengan kalori.

Semakin anda menjauhkan diri daripada minuman yang manis, semakin baik ianya untuk kesihatan anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan