Tip diet ke 41.
Jaga
pengambilan terhadap makanan berlemak.
Setiap gram lemak mengandungi 9 kalori. Jadi, dengan
membaca kandungan kalori yang
ada pada makanan, kita mengetahui kuantiti lemak yang ada padanya. Pastikan ianya tidak melebihi 30% dalam setiap makanan anda.
ada pada makanan, kita mengetahui kuantiti lemak yang ada padanya. Pastikan ianya tidak melebihi 30% dalam setiap makanan anda.
Tip diet ke 42.
Jaga pengambilan garam anda, kerana pengambilan yang
banyak merupakan salah satu punca obesiti.
Ambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan garam
dengan mengurangkan pengambilan garam anda kepada setengah berbanding tahun
lepas.
Tip diet ke 43.
Tukar daripada marjerin biasa kepada marjerin yang
bebas kolestrol.
Jika
anda ada pilihan, kenapa anda tidak mencubanya? Lagipun ia lebih menyihatkan
dan mempunyai rasa yang lebih kurang sama.
Perubahan-perubahan
kecil seperti ini akan memberi kesan yang besar kepada pengurangkan berat
badan.
Tip diet ke 44.
Cuba
panggang makanan anda berbanding dengan menggoreng.
Memanggang
setakat ini merupakan cara yang paling sihat dalam penyediaan makanan
berbanding dengan menggoreng.
Memanggang
hanya memerlukan minyak atau lemak yang sedikit sahaja.
Tip diet ke 45.
Gunakan
jenis kuali yang tidak melekat semasa menggoreng, supaya anda tidak perlu
menggunakan minyak.
Cuba
elakkan penggunaan minyak yang banyak. Kuali yang tidak melekat merupakan salah
satu alternatif bijak.
0 Ulasan