Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah, pada minggu ini saya agak kurang sibuk berbanding beberapa minggu sebelumnya.. Jadi sempatlah saya meluangkan sedikit masa untuk update blog yang agak lama saya tinggalkan..
3 Minggu lepas saya bersama ahli kelab catur berkesempatan menganjurkan pertandingan Catur Tertutup PSIS.. Kemudian pada minggu yang berikutnya pula saya membawa beberapa orang pelajar PSIS menyertai Pertandingan Catur Terbuka UM 2012.. Seronok jugalah bila berkesempatan tengok pertandingan catur yang agak besar macam tu..
Terutamanya apabila terdapat beberapa orang pemain catur ternama Malaysia juga turut menyertai pertandingan tersebut..
Sebenarnya teringin juga untuk kembali aktif bermain catur macam masa muda-muda dulu.. Tapi
rasanya masih belum cukup ilmu didada.. Dah lama tak analasis opening.. Dah tak paham pun tentang prinsip opening ni, sebab dah lama sangat saya tinggalkan bidang ni..
Setakat nak main biasa-biasa tu bolehlah.. Tapi untuk menyertai pertandingan-pertandingan besar macam ni, saya rasa belum cukup bersedia lagi..
Main catur ni sebenarnya memang menyeronokkan.. Terutamanya kalau dapat main sampai peringkat end game.. Memang puas hati.. Menang kalah itu lain cerita.. Yang penting kita rasa enjoy dan berjaya menghayati game tersebut..
Contohnya macam gambar puzzle chess di bawah.. Puzzle ini merupakan antara puzzle chess yang paling saya suka.. Walaupun sekali kita lihat buah putih sedang mengatur serangan.. Tetapi sebenarnya buah hitam boleh memenangi perlawanan ini dengan melakukan 5 pergerakan sahaja..
Adakah anda berminat untuk menyelesaikan Puzzle catur ini.. kalau berminat anda boleh mencuba dan memberikan jawapannya pada ruangan komen entri ini..
Hitam akan memenangi perlawanan ini dengan checkmate dalam 5 pergerakan.. Selamat mencuba.. ;)
3 Ulasan
Wah, betul ke?
BalasPadamMacam mana
Kena cuba buat dahulu.. Lepas tu nanti baru saya bagi jawapannya.. ;)
PadamJawapan untuk Puzzle ini..
BalasPadam1)...... Qa7+
2)Kh1 Nf2+
3)Kg1 Nh3+
4)Kh1 Qg1+
5)Rxg1 Nf2++
Hitam Checkmate dalam 5 pergerakan.. ;)