Kisah Hari Jadi Bos dan setiausaha Peribadi (Ini Bukan 18 SX)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada post kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kisah hasil daripada pembacaan saya suatu ketika dahulu, tetapi saya cuba menyampaikannya mengikut corak penulisan saya..

Kisahnya begini....

Ada seorang bos bernama Ali (bukan nama sebenar) pemilik syarikat ABC (bukan nama syarikat sebenar)...

Kebetulan hari ini merupakan hari lahir Ali yang ke 45 tahun.. (Dah tua dah)...

Pada pagi tersebut tentu berseri-seri wajah Ali sempena hari kelahirannya yang ke 45.. Jadi Ali pun turunlah ke meja makan dengan harapan isterinya akan mengucapkan kalimah yang biasa didengarinya pada setiap kali hari kelahiranya sebelum ini iaitu:

"Selamat Ulang Tahun Suamiku Tersayang"

Tetapi alangkah hampanya Ali, Isterinya tidak mengucapkan sepatah kata pun pada pagi tersebut kepada dirinya.. Isterinya bersiap-siap bersarapan lalu pergi

bekerja...

Tapi Ali berfikiran positif.. Ali mengandaikan  isterinya terlupa kerana kesibukan mengejar masa untuk ke tempat kerja.. Jadi Ali berharap selepas ini anak-anaknya pula akan mengingati hari kelahirannya dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya..

Anak-anak Ali datang ke meja makan untuk bersarapan.. Tetapi mereka juga sama seperti isteri Ali.. tidak mengucapkan satu patah kata pun... Lalu Ali pun pergilah ke pejabat dalam keadaan yang sangat sedih...

Di pejabat, ketika Ali masuk ke pejabat, setiausaha beliau Tipah (bukan nama sebenar) menyapanya dan mengucapkan..

"Selamat Pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"

Fuh... Terubat kesedihan Ali.. Akhirnya ada juga orang yang mengingati hari Lahirnya dan mengucapkannya pada ketika dia mengharapkannya...

Ali mula bersemangat kembali untuk bekerja pada hari itu, sampaikan beliau tak sedar dah tengahari.. Kemudian pintu Bilik Ali di ketuk oleh setiausahanya, Tipah..

"Saya tengok begitu tekun Boss bekerja pada hari ini, sampai tak sedar dah tengahari.. Disebabkan hari ini adalah hari Lahir Boss, jom kita pergi Lunch, hanya kita berdua sahaja"

Dalam Hati Ali melonjak kegembiraan.. Tapi biasalah dekat muka cover baik punya... Lalu mereka pun pergi Lunch bersama...

Mereka pergi menikmati makanan tengahari di sebuah restoran Mewah yang agak "Privacy".. Maklumlah golongan Boss makan bersama setiausaha peribadi...

Setelah selesai makan mereka pun bergerak untuk pulang ke pejabat...

Dalam perjalanan pulang ke pejabat.. Tipah berkata...

"Bukankah hari ini merupakan hari yang indah, saya fikir kita tidak perlu pulang awal ke pejabat"

Ali berkata..

"Tidak perlu.. Awak ada sebarang perancangan yang lebih menarik ker??"

Tipah berkata..

"Apa kata kita singgah sebentar di Apartment saya, saya ada satu kejutan buat Boss"

Dengan perasaan gembira Ali menuruti kehendak Tipah... Sampai di Aparment kediaman Tipah.. Tipah berkata..

"Boss, jika boss tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan kemudian akan memberi sesuatu yang istimewa kepada Boss"

Ali dengan senang hati berkata..

"Tentu sahaja Boleh"

Tipah pergi ke kamar tidur.. Dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun besar diiringi oleh isteri Ali, Anak-anak Ali dan sejumlah rakan sekerja Ali sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun...

Ali hanya terpaku di sana, di sebuah sofa panjang.. Hanya memakai seluar dalam sahaja... malunya..

Moral Cerita : Jangan Berfikiran Kotor atau otak kuning seperti Ali...

Catat Ulasan

0 Ulasan