Kisah Cucu Kencing Malam Di Telinga Atuk (Ini Bukan 18 SX)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian...

Pada post kali ini saya berminat untuk menulis satu kisah yang saya perolehi semasa belajar kemahiran berkomunikasi masa muda-muda dahulu ;).. Saya pun tak pasti samada kisah ini benar atau pun tidak.. Tetapi ia memadai untuk kita merehatkan sedikit minda kita daripada kesibukan kerja kita seharian....

Kisahnya begini...



Ada sebuah keluarga bahagia terdiri daripada ayah, ibu, dan Ali (bukan nama sebenar)... Pada ketika itu Ali baru berumur 4 tahun.. Kiranya baru pandai bercakap dengan lancar...

Disebabkan Ali anak tunggal dalam keluarga ini..  jadi Ketiga-tiga beranak ini tidur sekatil.. Seperti kanak-kanak  lain, pada kebiasanya Ali akan menggerakkan samada ibu atau bapanya ditengah malam untuk membuang air kecil... 

Biasalah budak kecil lagi.. Tak pandai nak pergi ke tandas sorang-sorang di tegah malam..

Bapa Ali telah mengajar satu bahasa isyarat kepada Ali yang berbunyi:

"Ali kalau nak pergi tandas kecing malam, Ali cakap jer Ali nak nyanyi.. Nanti emak dan ayah faham"

Disebabkan dah terlalu lama menggunakan istilah perkataan tersebut, maka bila Ali sebut sahaja "Ali nak nyanyi" maka kedua ibu dan bapa Ali fahamlah bahawa Ali nak kencing malam di tandas...

Nak dijadikan cerita, satu hari emak dan ayah Ali bertugas di luar kawasan... Jadi Ali terpaksa di hantar ke rumah atuk dan neneknya...

Ibu dan bapa Ali terlupa untuk memesan sesuatu kepada Datuk dan nenek Ali...

Semasa malam pertama berada di rumah Datuk dan nenek Ali..

Seperti kebiasannya, ditengah-tengah malam Ali berasa nak terkencing.. Jadi Ali pun menggerakkan atuknya...

Atuk Ali yang dalam keadaan agak mengantuk pada ketika itu pun bertanya kepada cucunya..

"Kenapa Cu?"..

Lalu Ali pun menjawab..

"Atuk, Ali nak Nyanyi"

Dengan mata terpejam, sambil tersenyum atuknya berkata...

"Nyanyilah dekat telinga atuk Cu, Nyanyi slow-slow yer"

Kesudahan cerita ini anda yang berhak memikirkannya...

Moral daripada cerita ini: Berhati-hati ketika mengajar anak-anak kecil menggunakan Bahasa Isyarat ;)

Catat Ulasan

0 Ulasan