Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk terus membaca blog Sembang Hari2.. Tanpa sokongan anda untuk membaca blog ini.. Mungkin tiada faedahnya untuk saya menjadi seorang blogger.. ;)
Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan tentang keusahawanan dalam bidang masakan atau pun dipanggil sebagai "kulinari". Seperti interi terdahulu blog ini, pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang seorang "Chef" yang baru berjinak-jinak menjadi usahawan dalam bidang masakan secara "part time".. Nama beliau semakin glamour dari sehari ke sehari di Politeknik Mukah Sarawak..
Beliau yang saya maksudkan adalah Uncle Joe ataupun nama penuh beliau adalah Johari Bin Kusai.. Saudara Johari ni pandai memasak walaupun beliau seorang lelaki, berkerjaya sebagai pensyarah di Jab. Kej. Awam PMU, masih bujang dan pandai bertukang.. Jadi kata orang beliau mempunyai satu pakej yang lengkap sebagai seorang lelaki, bapa dan suami Mithali pada suatu hari nanti.. Insya Allah..
Gambar beliau?.. Minta maaf yer, blog ini bukan bertujuan sebagai ejen mencari Jodoh.. hehehe.. Tapi kalau berminat nak berkenalan atau nak tahu lebih lanjut tentang beliau, boleh hubungi saya melalui email ataupun telefon.. Nanti saya sampaikan salam anda kepada beliau.. ;)
Saya merupakan pelanggan baru beliau disebabkan "anak pak mertua saya" dan anak-anak saya suka makan kuih "egg tart".. Sebelum ini saya membeli "egg Tart" daripada sebuah kedai Cina yang terdapat di Pasar Mukah.. Biasalah kebanyakan kedai-kedai di sini kepunyaan kaum Cina.. Tapi saya membeli "egg Tart" daripada kedai Cina yang memaparkan Sijil Halal di premis perniagaan mereka.. ;)
Jadi bila dah tahu ada rakan kita yang pandai membuat "egg Tart", sudah tentu saya membeli dari rakan saya yang dah tentu 100% terjamin kehalalannya.. Kiranya saudara Johari pada hari ini telah menjadi satu alternatif baru untuk rakan-rakan di PMU membeli kuih dan kek.. Syabas diucapkan buat saudara Johari.. Lagipun kek yang anda buat memang sedap.. Dan harganya juga
Berikut merupakan hasil kerja
Sedapnya Egg tart ni..
10 biji "Egg tart" yang dihantar di depan pintu rumah saya..
Egg tart dibungkus rapi untuk tujuan penghantaran..
Selain daripada "Egg Tart", beliau juga pandai membuat "Chesse Tart" dan aneka jenis kek.. Tapi setakat ini saya pernah mencuba "CheeseCake" yang beliau hasilkan.. Yummi.. Memang sedap.. Nak tengok gambar "Chesscake" tersebut? Nah.. Tengoklah..
"Cheesecake" daripada saudara Johari..
Berdasarkan pemerhatin saya, saudara Johari boleh pergi jauh dalam bidang Kulinari ini.. Beliau melakukannya secara sambilan dapa waktu malam ataupun semasa cuti Sabtu dan Ahad.. Tempahan yang beliau terima semakin hari semakin bertambah.. Nampak gayanya lepas ni beliau kena mencari "pekerja" untuk membantu beliau..
Kagum saya dengan rakan-rakan lelaki yang pandai memasak ni.. Sebab saya sendiri tak pandai memasak.. Nasib baiklah dapat orang rumah yang pandai memasak.. Kalau tak makan di luar hari-hari jawabnya..
Saya suka bercerita tentang kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan disebabkan saya suka membaca dan mengikuti kisah-kisah tersebut.. Pasti ada sesetengah orang berasa hairan disebabkan saya merupakan seorang pensyarah, tak ada barang pun yang saya jual.. Tapi kenapa saya suka bercerita tentang perkara-perkara ini?
Sebenarnya saya memang meminati bidang keusahawanan.. 7 tahun lepas saya pernah menghadiri satu taklimat tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh pihak Mara dengan kerjasama Kementrian Keusahawanan.. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan, saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut.. Walaupun dalam masa yang sama saya terikat dengan perjanjian biasiswa semasa saya belajar iaitu berkhidmat selama 7 tahun atau membayar RM80,000..
Selepas saya menamatkan pengajian diperingkat Ijazah, saya bersama rakan saya pergi ke Kuala Lumpur untuk belajar "bekerja" sebelum mendapat pekerjaan tetap.. Disamping itu saya boleh belajar selok belok jalan di KL dan asam garam kehidupan di sana..
Dengan menaiki motorsikal Yamaha SS2, maka saya bersama seorang rakan saya pun pergilah ke Kuala Lumpur..
(Motor Yamah SS2 saya telah dicuri orang pada tahun lepas semasa ayah saya membawanya ke surau :(... )
Semasa berada di Kuala Lumpur saya bekerja secara part time di hotel JW IOI Marriot, Putra Jaya sebagai tukang sedia dan angkat makanan.. Dengan gaji RM5 sejam.. huhuhu..
Biasalah kerja Part Time on Call, masa kerja kita bekerja.. Masa tak der kerja dapatlah peluang pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur, sambil surevy manalah tahu ada peluang pekerjaan yang menarik.. ;)
Pada satu hari tu, ada seorang kawan saya mengajak saya masuk satu taklimat tentang kursus keusahawanan seperti yang telah saya nyatakan di atas.. Sebenarnya saya memang tertarik dengan kursus tersebut.. Walaupun banyak kekangan yang mungkin saya terpaksa ditempuhi seandainya saya memilih untuk mengikuti kursus tersebut..
Sebenarnya saya dah tak berapa ingat maklumat secara lengkap tentang kursus keusahawanan tersebut.. Maklumlah perkara tersebut dah berlaku terlalu lama.. dan pada masa sekarang pun saya kurang pasti samada kursus ini masih diteruskan ataupun tidak.. Sekiranya terdapat kesalahan/maklumat yang tidak tepat sepanjang penerangan saya ini, minta tolong anda perbetulkan dengan menulis komen di bawah entri ini yer.. Tq ;)
Jadi saya cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang kursus tersebut, secara ingat-ingat lupa..
Untuk memasuki kursus tersebut ada yuran yang dikenakan.. Kalau tak silap saya lebih RM20,000.. Kursus tersebut dibahagikan kepada 4 fasa.. Fasa pertama, peserta kursus akan diajar secara teori tentang ilmu-ilmu keusahawanan dalam tempoh masa kira-kira 3-6 bulan..
Fasa ke 2 peserta dikehendaki memilih satu jenis produk/barangan.. Dan dikehendaki menjualkannya kepada orang ramai secara bersemuka kepada setiap pelanggan.. Contohnya anda menjual pen.. Anda dikehendaki berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan anda untuk menjual pen tersebut.. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam diri peserta disamping untuk menghilangkan pearasaan malu untuk berniaga..
Fasa ke 3, peserta dikehendaki membuat satu proposal tentang perniagaan yang kita minati dan mencari seorang mentor untuk membuat praktikal di tempat perniagaan mentor tersebut.. Contohnya anda berminat untuk berniaga kereta.. Jadi anda perlu membuat proposal perniagaan tentang kereta dan berjumpa dengan mana-mana tokoh perniagaan yang telah berjaya dalam bidang ini untuk menjadi mentee mereka.. Jadi peserta akan belajar untuk memasarkan produk mentor mereka di samping kemahiran-kemahiran keusahawanan yang lain yang dapat diperolehi daripada mentor mereka..
Seterusnya pada Fasa yang terakhir, peserta dikehendaki membuka syarikat perniagaan sendiri dengan mendaftarkannya di bawah SSM.. Peserta dikehendaki mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari semasa mengikuti fasa 1 hingga fasa 3 kursus ini disamping mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada mentor mereka.. Jadi peserta akan dibimbing sehingga berjaya menguruskan perniagaan mereka sendiri..
Bagaiman.. Menarik tak kursus ini?
Semasa saya mendengar taklimat tersebut, saya diberi tempoh dalam masa sebulan untuk mendaftar sekiranya berminat.. Dalam masa yang sama saya sedang menunggu samada akan dipanggil untuk tawaran menyambung pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan (dibiayaai biasiswa) atau kontrak tawaran mengajar di Politeknik..
Pada ketika itu saya hanya berserah diri kepada Allah S.W.T, mana yang sampai dulu kepada saya, saya anggap itu rezeki saya dan saya akan terima seadanya.. Seminggu kemudian saya menerima panggilan telefon supaya melapor diri untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan.. Jadi saya pun pergilah melapor diri untuk menyambung pengajian dan menandatangani perjanjian biasiswa yang baru iaitu kontrak kerja selama 10 tahun atau bayar RM100,000..
Disebabkan itu, maka inilah rezeki dan pekerjaan saya sekarang.. Sebenarnya saya sendiri tak dapat nak meramal samada pekerjaan ini merupakan pekerjaan saya sehingga berpencen atau akan ada pekerjaan lain untuk saya setelah tamat tempoh perjanjian nanti..
Walaubagaimanapun buat masa sekarang ini, saya cuba untuk mempelajari bidang-bidang yang berkaitan dengan pekerjaan saya sekarang ini disamping juga ilmu-ilmu keusahawanan.. Semoga ada petunjuk untuk saya membuat pilihan dengan tepat pada 5 tahun akan datang.. ;)
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Anda Juga Mungkin Meminati:
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Laut Abang Shahdan...
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Tiefazatie Pemenang Hat Trick Contest Blog Sembang Hari2
Seperti Baru Semalam Tiba Di Mukah.. Rupa-rupanya...
Peluang Kerjaya Sebagai Guru DI Malaysia
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
0 Ulasan