Gambar Hiasan..
Ikan: Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati, tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan.. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda..
Wawa: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan akan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini..
Wawa : Tiada masalah
Lalu Wawa menjadi wanita paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wawa ingin menjadi kaya
Ikan : Sekiranya puan ingin menjadi kaya, suami puan akan menjadi 10 kali lebih kaya
Wawa : Tak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga.
Maka, jadilah Wawa wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.
Ikan: Permintaan ketiga puan?
Wawa : Aku nak serangan jantung yang ringan..
P/s: Cerita ini tidak harus dicontohi oleh para isteri di luar sana.. Janganlah kita asyik memikirkan dunia semata-mata sebaliknya fikirkan juga kehidupan kita diakhirat kelak.. Fikirkanlah kesejahteraan hidup bersama suami di dunia dan akhirat.. Semoga kita akan sentiasa mendapat kesenangan hidup untuk selamanya..
Sumber : Mingguan Malaysia
0 Ulasan