Beli di laman Web VS Beli di Kedai....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tips orang zaman dahulu kalau nak menjimatkan perbelanjaan bulanan adalah dengan duduk rumah, berehat bersama keluarga atau dengan lebih tepat lagi jangan mengunjungi pusat membeli belah atau shopping complex... Tapi tips tersebut tidak lagi boleh digunakan untuk kehidpuan zaman sekarang.. Dengan kecanggihan teknologi, kita boleh membeli belah secara online.. 

Kecanggihan teknologi pada hari ini menjadikan kehidupan kita semakin mudah.. Tapi, kesannya duit kita boleh keluar dari kocek pada bila-bila masa sahaja tidak mengira masa siang atau malam.. Tidak
juga mengira di mana kita berada...



Shopping secara Online ni memang menyeronokkan. Apa tidaknya, dalam kurang 30 minit anda dapat membeli apa sahaja yang anda hajatkan tanpa bersiap-siap, hidupkan enjin kereta, meredah kesesakan jalanraya menuju ke Shopping Mall untuk membeli belah! Mudah dan cepat...

Kebaikan Online Shopping:


  • Berpeluang mendapatkan edisi terhad atau yang tiada pasaran dalam negara yang berkualiti pada harga berpatutan.
  • Dapat membeli barangan yang diingini dengan harga yang lebih murah.
  • Masa shopping yang tidak terhad. Anda boleh bershopping pada bila-bila masa!
  • Tidak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak di kaunter pembayaran.
  • Anda boleh mempertimbangkan komen pembeli lain yang pernah membeli barangan yang dihajatkan sepertimana yang dipaparkan di dalam laman web tersebut agar wang yang anda keluarkan berbaloi.


Online shopping ni dah jadi trend pada zaman global ini berikutan kepesatan perkembangan teknologi negara. Akan tetapi kita sebagai pengguna perlu sentiasa berwaspada dalam memanfaatkan kemudahan ini terutama sekali apabila membeli produk kecantikan di laman web. Janganlah atas kerakusan bershopping, kita menjadi mangsa teknologi!

Jadi dekat sini saya nak kongsikan sedikit Tips untuk membeli produk kecantikan di Laman Web VS Beli di Kedai...... Sebenarnya tips ni merupakan perkongsian isteri saya.. Saya ni orang lelaki manalah pandai sangat bab-bab kecantikan ni.. hehehe...

Tips Beli Produk Kecantikan di Website


Rambut


Boleh beli di Website...

  • Perapi Leave-In
  • Pewarna rambut separa kekal
Beli di Kedai...
  • Wax
  • Minyak rambut pekat
  • Krim pendandan

Alat Solek

Boleh beli di Website...
  • Eye liner
  • Mascara
  • Pengilat kuku
  • Lip balm
Beli di Kedai...
  • Foundation
  • Concealer
  • Lipstick
  • Eye shadow


Kulit

Boleh beli di Website...
  • Pencuci muka
  • UV protector
  • Pelembap atau losen badan
Beli di Kedai...
  • Anti-aging treatment cream
  • Krim muka








Catat Ulasan

0 Ulasan