Utama
Siapa saya
Hubungi saya
Home
Senarai Pakej
_Pakej
__Tempatan
__Antarabangsa
__Bulan Madu
_Promo
_SiteMap
_Error Page
Ejen
Mega Menu
Dokumentasi
_Profile Syarikat
_Video Syarikat
Nak Sebutharga Percuma
Laman utama
Pengalaman Kerja
Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 2
Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 2
nuargto
10:29 PG
Bersambung kembali pada Bahagian ke 2...
Pada hari keempat iaitu pada 16 Julai 2010 semua pegawai peperiksaan dibenarkan pulang seawal jam 10.00 pagi.. Disebabkan tiket saya pada pukul 9.00 malam jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan kaki lagi di sekitar Kota Bharu..
Pada asalnya nak pergi PC Fair yang terdapat di KB Mall. Tetapi mengenangkan misi mencari durian untuk di bawa pulang belum berakhir, jadi saya, Anuar Wahab dan Azrai (PBU) pergi ke Pasar Siti Khatijah.. Tidak ada apa pun yang hendak di beli. Cuma saya sempat membeli tupperware (untuk bawa durian dan isi barang), Durian, buku-buku untuk saya dan untuk anak. Azrai sempat memborong beberapa helai baju sutera..
Semasa kami berjalan-jalan saya tertarik dengan satu banner iklan yang di pasang di sebuah kedai.. Cuba anda lihat Banner di atas, apakah yang anda faham tentang banner tersebut? Semasa pertama kali saya melihat banner tersebut, saya mengandaikan kedai ini mahu ditutup dan mungkin ada jualan penghabisan stok di dalamnya..
Tetapi bila saya masuk ke kedai tersebut, saya mendapati semua urusniaga berjalan seperti biasa. Tidak terdapat sebarang papan tanda yang menunjukkan berlaku jualan habis-habisan. Bila saya keluar balik dari kedai tersebut dan mengamati kembali banner yang di pasang. Kini baru saya faham. Rupa-rupanya banner tersebut merupakan banner pengiklanan bagi nama kedai tersebut.. Tutup perniagaan merupakan nama kedai tersebut.. Hehehe..
Memberi nama yang lain daripada yang lain merupakan salah satu strategi perniagaan yang boleh dilakukan pada hari ini.. Saya berpendapat strategi pemasaran yang dilakukan oleh kedai ini begitu baik sekali. Cuba anda bayangkan bagaimana untuk menarik ramai pelanggan ke kedai anda yang terpaksa bersaing dengan beratus-ratus kedai yang mejual barangan yang sama dengan kedai anda? Satu strategi pernigaan yang baik.. Tahniah kepada pemilik kedai ini...
Sambung balik cerita saya...
Saya bertolak dari Hotel ke Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 6.00 petang. Sementara menunggu pukul 9.00 malam, saya terpaksa memikirkan bagaimana untuk mengurangkan bagasi saya seberat 30 kg untuk di bawa menaiki kapal terbang. Berat maksimum yang boleh saya bawa dengan menaiki Air Asia adalah seberat 20 kg. Jadi saya perlu mencari idea untuk mengurangkan 10 kg.
Setelah mencuba pelbagai teknik akhirnya saya berjaya mengurangkan berat 10 kg dari bagasi untuk ditimbang. Saya membeli sebuah beg plastik yang besar dan mengeluarkan barang-barang yang berat untuk dimasukkan ke dalam beg tersebut. Kemudian beg plastik tersebut saya bungkus supaya ianya kelihatan kecil tetapi padat. Walaupun saya berjaya membuatkan beg plastik tersebut kelihatan kecil, tapi beratnya adalah 10kg.. hehehe.. Nasib baiklah tak kena timbang, kalau tidak nahas saya..
Setelah saya berjaya menyelesaikan masalah tersebut, timbul pula masalah kedua.. Tupperware besar yang saya isi durian siam didalamnya dapat dikesan oleh petugas di kaunter Chek in. Petugas tersebut berjaya menghidu bau tersebut dan meminta saya mengeluarkan durian tersebut. Kali ini saya terpaksa menipu. Saya tidak mengeluarkan durian tersebut, sebaliknya saya menambahkan balutan demi balutan dengan menggunakan baju dan surat khabar. Kemudian saya tambahkan minyak wangi.. Walaupun saya dah membuat balutan yang ke 7 kepada tupperware yang berisi durian, tetapi baunya masih ada walaupun sedikit.
kemudian saya pergi kembali ke kaunter tersebut dan memaklumkan kepada petugas kaunter bahawa saya telah pun memberikan kepada rakan saya durian tersebut.. Alhamdulillah mujur petugas tersebut percaya dan membenarkan saya chek in tupperware besar tersebut.. lepas satu masalah..
Gambar di atas merupakan makanan yang saya terima dalam kapal terbang Air Asia.. Pihak Air Asia telah pun membuat penambah baikan terhadapt makanan yang di tempah secara on line bagi kakitangan kerajaan.. Alhamdulillah.. kenyang saya malam tu..
Saya tiba di LCCT pada kira-kira jam 10.30 malam.. Sebaik sahaja saya mengambil bagasi, saya dapati bau durian tersebut dapat dihidu dengan jelas.. Alamak masalah ini.. Saya ada lagi satu penerbangan dari Mukah ke Sibu.. Jadi saya perlu berbuat sesuatu selepas ini untuk mengatasi masalah tersebut..
Adakah saya berjaya bawa balik durin Siam dari Kota Bharu Ke Mukah?? Bagaimanakah perjalanan menaiki bas dari Sibu ke Mukah?? Nak tahu sambungannya jumpa lagi pada post yang akan datang...
Catat Ulasan
0 Ulasan
Social Plugin
Recent-Post
3/recent/post-list
Popular Posts
101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 26-30)
1:48 PG
[RAHSIA] Sebenarnya saya Tak pandai Buat Laman Web!
9:28 PG
Program Waqaf Al-Quran 2016
3:41 PTG
Subscribe Us
0 Ulasan