Isu Halal atau Haram Dalam Perniagaan internet..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada entri kali ini saya nak berkongsi sedikit pandangan tentang isu Halal atau Haram dalam perniagaan internet ini yang bermain di minda sesetengah orang yang berasa ragu-ragu untuk menjalankan perniagaan di internet..

Walaupun saya bukanlah seorang yang pakar tentang ekonomi Islam seperti ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, tapi hasil daripada pembacaan saya Insya Alla saya cuba yang terbaik untuk berkongsi pandangan..

Sekiranya anda mempunyai pandangan yang baik. sila tinggalkan komen di bawah entri ini supaya kita dapat sama-sama memberi pandangan atau berbincang tentang isu Halal atau haram perniagaan
internet ini.. ;)

Sebenarnya banyak cabang perniagaan di internet.. Perniagaan di internet ini sama juga seperti perniagaan kedai biasa ada yang Halal dan ada yang Haram.. Cuma bezanya perniagaan diinternet dilakukan bergantung kepada teknologi untuk menyebarkan maklumat perniagaan secara pantas..

Atas kesedaran orang ramai tentang perniagaan internet, pada hari ini terdapat pelbagai barangan yang dijual diinternet.. Antaranya buku, pakaian kanak-kanak, pakaian orang dewasa, jam tangan, aksesori kereta, emas, kain, minyak wangi, kamera, kek, coklat dan sebagainya.. Kesemua barangan yang saya sebutkan ini merupakan barangan fizikal yang dijual diinternet..

Adakah haram menjual barang-barang tersebut di internet?
Bagi saya menjual barangan yang halal ianya akan tetap halal samada ianya dijual di kedai atau melalui internet dengan syarat ianya dijual secara jujur.. (Minta tolong pembaca berikan komen, sekiranya ada percanggahan pendapat)

Mungkin semua orang agak jelas dengan status penjualan barangan fizikal diinternet seperti yang saya nyatakan di atas.. Bagaimana pula status penjualan barangan digital seperti ebook, Perisian, dan juga CD/VCD/DVD.. Adakah ianya haram dijual di internet?

Kebanyakan barangan digital yang dijual diinternet bertujuan untuk berkongsi informasi dan juga teknologi. Disebabkan itu teknologi perisan yang dibangunkan oleh Bill Gates dan kemudian menjualkannya ke seluruh dunia telah menjadikan Bill gates kaya-raya pada hari ini..

Pada pandangan saya perniagaan seumpama ini tidak salah.. Bill Gates berhak mendapat bayaran atas kepakaran beliau membangunkan perisian daripada sesiapa sahaja yang menggunakan perisian beliau.. (Minta tolong pembaca berikan komen sekiranya ada percanggahan pendapat)

Ok itu tentang perisian.. Bagaimana pula dengan perniagaan ebook? Kata nak berkongsi informasi.. tetapi kenapa dikenakan bayaran bagi setiap ebook yang dihasilkan? Bukankah boleh dipaparkan sahaja semua maklumat yang terdapat dalam ebook diinternet sebagai bahan bacaan/panduan untuk semua orang..

Halal ke duit yang diperolehi dengan menjual ebook ni?

Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut, suka saya mengaitkan penjualan ebook dan penjualan buku fizikal.. Tiada bezanya antara penjualan kedua-dua sumber informasi tersebut disebabkan kedua-duanya "menjual" ilmu..

Adakah Haram pendapatan yang diperolehi oleh penulis buku fizikal? Sekiranya anda mengatakan pendapatan yang diperolehi dengan menulis buku fizikal adalah halal, maka halal juga pendapatan yang diperolehi dengan menulis ebook.. Dan jika anda berpandangan sebaliknya.. maka begitu jugalah sebaliknya dengan pendapatan yang diperolehi oleh penulis ebook..

Pada pandangan saya pendapatan yang diperolehi dengan menulis ebook adalah halal. Ini disebabkan pembeli membayar wang untuk mendapatkan ebook tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.. Ianya sama seperti bayaran ke atas ilmu yang dikenakan untuk membeli buku, menghadiri kursus, menghadiri seminar dan sebagainya...

Cumanya perniagaan ebook melalui internet lebih memudahkan berbanding menjual buku di luar talian internet.. Anda tentu pernah terjumpa dengan seorang jurujual yang menemui anda untuk menjual buku, kitab CD, VCD, DVD dan sebagainya.. Adakah haram pendapatan yang jurujual tersebut perolehi melalui komisyen jualannya? Dan adakah haram pendapatan yang diperolehi oleh orang yang mengeluarkan "produk ilmu" tersebut?

Perniagaan diinternet juga mempunyai situasi yang sama seperti di atas.. Ia juga menggunakan perkhidmatan "jurujual" untuk menjual sesuatu barangan. Jurujual tersebut dikenali sebagai "Internet Marketer" (IM)..

Perbezaan diantara IM dengan jurujual dalam situasi diatas ialah IM memasarkan produk tanpa berjumpa dengan pelanggan manakala jurujual memasarkan produk dengan berjumpa dengan pelanggan..

IM memasarkan produk kepunyaan orang lain menerusi internet samada melalui email, blog, atau mengiklankannya di laman-laman web.. Tapi sekali sekala tu IM perlu juga bercerita dengan bakal pelanggan untuk menambahkan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap "produk ilmu" yang dipasarkan..

Pada pandangan saya bentuk perniagaan yang dijalankan atau mendapat komisyen sebagai "jurujual" menerusi internet seumpama ini tidak salah dan Halal.. Ini disebabkan pelanggan mendapat ebook dan ilmu yang mereka mahukan, "jurujual" mendapat komisyen jualan, manakal pemilik produk mendapat bayaran di atas usaha menyiapkan ebook tersebut.. "Win-win situation" untuk semua pihak.. Dan konsep ini dibenarkan dalam urusan jual beli islam iaitu tiada istilah menindas pelanggan.. (Sekiranya ada percanggahan pendapat, sila tinggalkan komen)

Bagi pandangan saya, bentuk perniagaan internet yang haram adalah sekiranya perniagaan tersebut hanya mementingkan keuntungan samata-mata.. Segala-galanya hanya untuk wang.. Pelanggan membayar wang kepada pihak tertentu bukan berniat untuk mendapatkan ilmu/produk/barang yang bermanfaat.. Sebaliknya hanya untuk mendapatkan kekayaan yang dijanjikan oleh si "penjual"..

Terdapat beberapa program internet seumpama ini yang saya ketahui seperti:
  • Program "get to paid"
  • Program "Randomizer"
  • Program "Forced Matrix"
  • dan lain-lain program
Kebanyakan program seumpama ini menawarkan komisyen yang sangat tinggi bagi setiap orang yang menyertai program tersebut.. Adakalanya sehingga 100% komisyen diperolehi daripada setiap "Downline" yang mendaftar di bawah rangkaian mereka..

Cuba fikir betul-betul.. Apa sebenarnya urusan jual beli yang berlaku sekiranya 100% komisyen yang kita terima hasil daripada wang pendaftaran yang dibayar oleh "downline" kita. Kita memperolehi wang bukan melalui proses jual beli, tetapi melalui penajaan ahli baru semata-mata..

Sebenarnya diluar internet pun ada juga program seumpama ini dijalankan seperti Skim Cepat Kaya, Skim Pak Man Telo dan sebagainya.. Diharap kita semua dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam program seumpama ini.. (Sekiranya ada percanggahan atau penambahan pendapat, sila tinggalkan komen)..

Secara kesimpulanya, perniagaan internet sama juga seperti perniagaan di luar sana iaitu ada baik dan buruknya serta ada halal dan haram.. Semoga kita menjadi seorang yang prihatin dan sentiasa nasihat menasihati di antara satu sama lain supaya tiada rakan kita yang menjadi mangsa disebabkan keghairahan untuk menjadi lekas kaya.. ;)

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini, jumpa lagi di lain waktu.. Salam persahabatan dari saya ;)

P/s: Kalau anda berminat untuk mendapatkan ebook percuma di blog ini anda boleh klik pada Banner hadiah yang terdapat di blog ini ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Catat Ulasan

0 Ulasan