Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sekejap betul masa berlalu... Seperti baru semalam kita menyambut tahun baru 1433 hijrah... Dalam tak sedar kita telah pun berada pada 9 Muharram... Tinggal satu hari lagi sebelum kita melangkah ke 10 Muharram atau dikenali sebagai hari Aasyura..
Pada hari Aasyura ini, umat Islam disunatkan untuk berpuasa... Berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya tahu, Hari Asyura merupakan hari yang paling Afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadhan dan hari Arafah...
Kelebihan berpuasa sunat pada Hari Asyura ini ialah Allah SWT akan menghapuskan dosa kita selama setahun.. Ini merupakan salah satu Anugerah Allah SWT kepada kita sebagai hambanya yang sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kelemahan.. Tambahan pula hidup dalam zaman sekarang ini, yang mana televisyen dan internet merupakan satu keperluan.. Bila kita menonton sahaja television atau melayari internet, kita tidak akan terlepas daripada melihat perempuan yang mendedahkan aurat (Dah kira berdosa dah tu)...
Kalau nak cerita bab dosa ini dah tidak dapat dielakkan pada zaman sekarang ini. Pergi sahaja mana-mana ada sahaja dosa yang menanti. Terlalu Sukar untuk kita mengelakkan diri daripada melakukan dosa pada setiap hari...
Jadi Hari Asyura merupakan salah satu hikmah daripada Allah SWT kepada hambanya sebagai sebab untuk mengampunkan dosa dan bertaubat..
Sempena Hari Asyura ini paling Afdal sebenarnya kita disunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram.. Tetapi jika tidak berupaya maka disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.. Tetapi jika tidak berupaya juga, maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram...
|
0 Ulasan