Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Jadual Gaji Baru Untuk Guru dan Pensyarah Politeknik di bawah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah pun keluar.. Tentu ramai yang tersenyum gembira apabila melihat Jadual gaji tersebut, disebabkan tahun depan dapat naik gaji.. Tetapi disebalik kegembiraan tersebut, mungkin ada perkara yang tersurat dan tersirat yang perlu sama-sama kita fikirkan demi masa hadapan anak bangsa dan negara yang kita cintai.. ...
Sekarang ni dekat mana-mana Jabatan Kerajaan orang sibuk memperkatakan tentang Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).. Ramai yang berpuas hati dengan skim baru ini.. Tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan SBPA ini, termasuk juga Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS)..
Baru-baru ni Presiden CEUPACS, Omar Osman lantang bersuara meminta kerajaan menangguhkan
perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Isu yang ditimbulkan oleh CEUPACS adalah Pihak Kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak langsung mengadakan rundingan dengan CEUPACS sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA ini..
Saya tidak berkesempatan untuk membaca secara menyeluruh tentang isi kandungan SBPA ini. Saya cuma sempat membaca bahagian-bahagian tertentu sahaja seperti hal kenaikan gaji, Penilaian LNPT, Had Umur Persaraan, dan Pencen.
Namun begitu seperti juga Penjawat Awam yang lain, saya mengharapkan hasil daripada rundingan yang dilakukan oleh JPA dan CEUPACS, akan memberi kebaikan kepada semua penjawat awam dan juga demi masa hadapan negara. Jadi kemungkinan besar akan terdapat perubahan pada bahagian-bahagian tertentu dalam isi kandungan SBPA ini... Marilah sama-sama kita nantikan kesudahannya...
Semenjak SBPA ini diumumkan ramai pengguna internet membuat pencarian di google untuk mendapatkan maklumat tentang isi kandungan perlaksanaan SBPA.. Saya juga merupakan salah seorang daripadanya... Apa agaknya yang mereka cari???
Perkara utama yang biasanya pengguna internet cari adalah berkaitan dengan Jadual Pergerakan gaji.. Sebagai seorang yang terlibat dalam sektor pendidikan, sudah pasti saya mencari Jadual gaji untuk guru ataupun pensyarah politeknik..
Sememangnya benar seperti yang diumumkan Oleh Perdana Menteri, tangga kenaikan gaji dalam SBPA ternyata lebih baik berbanding tangga kenaikan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM)...Sebagai contoh, saya ambil sistem kenaikan gaji untuk guru pada gred DG44..
Dalam SSM, gaji permulaan untuk guru DG44 (T1) adalah sebanyak RM2,982.99 dan gaji maksimum adalah sebanyak RM 5,418.18.. Bagi SBPA pula, gaji permulaam untuk gred DG44 adalah sebanyak RM2985.00 dan gaji maksimum adalah sebanyak RM7235.00..
Jika kita lihat pada perbandingan gaji tersebut, tidak terdapat perbezaan yang banyak pada permulaan gaji (T1) di antara SSM dan SBPA.. Tetapi, terdapat perbezaan gaji yang sangat ketara apabila telah mencapai gaji maksimum.. .. Banyak juga perbezaannya iaitu hampir RM 2000.00.. Kata orang kalau dapat berpencen pada gaji tersebut, pun dah kira boleh hidup selesa... ;)
Info Gaji DG dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM)...
Sifir Gaji Guru Bermula Januri 2012 di bawah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Tetapi untuk terus bertahan bekerja sehingga berpencen, merupakan satu cabaran yang besar dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).. Sebabnya bagi kakitangan kerajaan yang tidak mencapai prestasi yang dihadkan, ada kebarangkalian untuk diberhentikan kerja.. Manakala bagi kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang sangat cemerlang pula, akan memperolehi kenaikan gaji yang lebih daripada kenaikan gaji biasa...
Bahagian ini yang agak merisaukan ramai penjawat awam.. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai hubungan yang agak 'hambar' dengan bos mereka.. Silap gaya, walaupun dah bertungkus lumus bekerja tetapi bos tetap bagi markah prestasi kerja yang rendah... Mungkin ini merupakan antara salah satu faktor yang membimbangkan pihak CEUPACS sehingga meminta pihak kerajaan menanggguhkan pelaksanaan SBPA ini...
Apabila tangga gaji guru dan Pensyarah Universiti telah keluar saya lihat terdapat blog yang telah pun membuat analisis tentang Jadual kenaikan gaji Guru dan Pensyarah Universiti.. Berdasarkan pemerhatian saya, adakalanya jadual gaji guru lebih banyak berbanding gaji pensyarah universiti.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang analisis tersebut, saya syorkan anda klik Di Sini
Apabila terbaca tentang analsisis tersebut, tentu saya berasa tidak sabar untuk mengetahui jadual gaji sebenar untuk Pensyarah Politeknik.. Biasanya jadual gaji Pensyarah Politeknik ini dikeluarkan lebih lambat berbanding Jadual-jadual gaji yang lain.. Puas sudah saya membuat pencarian melalui Google, tetapi tidak berhasil...
Nasib baiklah ada seorang rakan pensyarah berjaya memperolehi jadual tangga gaji tersebut melalui seorang rakan menerusi Facebook... Jadi inilah dia Jadual Gaji bagi Pensyarah Politeknik (DH)..
Jadual Kenaikan Gaji Pensyarah Politeknik di bawah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Berdasarkan pemerhatian saya, Jadual gaji pensyarah Politeknik juga berbeza dengan jadual gaji guru... Namun begitu jumlah perbezaannya tidaklah kelihatan ketara... Contohnya gaji Maksimum untuk gred DG41 adalah sebanyak RM 6295.00 manakala gaji maksimum untuk Gred DH41 adalah sebanyak RM6220.00.. Perbezaan cuma sebanyak RM75 sahaja diantara gaji guru dan gaji pensyarah Politeknik pada gred tersebut..Namun begitu tiada sebarang perbezaan gaji pada gred-gred yang lain...
Bagi pendapat saya mungkin ada rasionalnya, kenapa pihak kerajaan memberi gaji yang berbeza-beza di antara guru, pensyarah politeknik, pensyarah UiTM dan Pensyarah Universiti... Jadi kita perlulah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah S.W.T berikan kepada kita.. Kita bekerja bukan kerana gaji semata-mata tetapi untuk mendapatkan kesejahteraan di dunia dan akhirat ... Insya Allah...
Sekiranya anda yang masih kurang faham tentang perubahan gaji daripada SSM ke SBPA pada bulan Januari 2012 ini, saya syorkan anda membaca slide Power Point di bawah.. Saya memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengulas tentang perkara ini.. Diharap dengan merujuk kepada Slide ini akan membantu pemahaman anda tentang kaedah perubahan gaji tersebut...
1 Ulasan
Great!
BalasPadam