Sekali sekala kami sekeluarga meluangkan masa untuk bersantai di tepi pantai Teluk Batik... menikmati keindahan pemandangan laut sambil menghirup udara segar di tepi pantai...
Ohh.. Alangkah indahnya alam semula jadi ciptaanmu wahai sang Pencipta yang mencipta dan mentadbir seluruh alam...
Syukur Alhamdulillah... Saya masih bernafas di muka bumi ini untuk menikmati saat-saat indah bersama insan-insan tersayang.. Melihat anak-anak membesar di hadapan mata merupakan satu anugarah terindah buat seorang lelaki bergelar bapa...
Sebelum ini episod jalan-jalan kami banyak berkisarkan tempat-tempat di kawasan Borneo... Tapi untuk entri-entri selepas ini banyak berkisarkan kawasan-kawasan di semenanjung Malaysia tempat tanah tumpah darah kami dilahirkan.... Kita bermula dengan Teluk Batik dan selepas ini Insya Allah akan menyusul tempat-tempat lain lagi....
Gambar anak-anakku dan anak pak mertuaku di Teluk Batik...
Adam dah pandai bermain pasir... ;)
Haikal dengan aktiviti rutinnya ditepi pantai mengutip cengkerang kerang...
Cengkerang kecil merupakan cengkerang pilihan Haikal...
Cukup kecil cengkerang yang berjaya Haikal kutip...
Sekarang ni Adam dan Haikal masih belum pandai buat istana pasir dan "berenang" lagi.. Jadi tak ada feel kalau saya mandi laut sorang-sorang..
Tunggulah hero-hero saya ni besar tak lama lagi.. Tentu banyak aktiviti menarik yang dapat kami lakukan di pantai.. ;)
0 Ulasan