Keadaan ekonomi sekarang telah jauh berubah.. Kira-kira 15 tahun yang lalu, duit RM100 dirasakan begitu besar bagi golongan yang tinggal di kampung seperti saya.. Banyak benda yang dapat dibeli dengan menggunakan sekeping wang kertas RM100..
Bila dekat hari raya, ayah memberikan sekeping wang kertas RM100 untuk digunakan bagi membeli baju raya untuk saya dan abang saya... Pada masa tersebut, kami begitu berjimat cermat untuk membeli pakaian raya..
Hasilnya dengan wang tunai RM100 tersebut kami berjaya membawa pulang 2 pasang kasut raya (saya+abang saya), 2 helai baju t-shirt (saya+abang saya), dan tambang bas pergi balik untuk 2 orang dari Changkat Lada ke Teluk Intan...
Tahun silih berganti, inflasi semakin meningkat...
Semasa belajar di Universiti saya cukup berkira sewaktu hendak membeli kasut... Bagi pendapat saya, tidak berbaloi membeli sepasang kasut berharga melebihi RM100 disebabkan ianya untuk digunakan di tapak kaki... Kegunaannya untuk Di pijak-pijak...
Kasut yang paling mahal pernah saya beli semasa menjadi seorang pelajar berharga RM99.00.. Disebabkan tidak mahu membeli kasut berharga melebihi RM100.. ;)
Apabila saya telah bekerja, nilai wang RM100 telah menjadi semakin kecil... Dulu masa belajar, pakai kasut murah saya tak kisah walaupun sakit kaki... Tapi bila dah bekerja, rasa tak boleh tahan apabila sakit kaki disebabkan kasut keras.. ;)
Mungkin ini lumrah seorang manusia apabila telah memasuki alam pekerjaan.. Berdasarkan pemerhatian saya, keadaan rakan-rakan saya yang lain pun sama seperti saya... ;)
Setakat ini kasut yang paling mahal pernah saya beli berharga RM250.. Di sini Saya terperangkap di antara dua istilah sewaktu hendak membeli belah iaitu antara "keperluan" dan "kemahuan".. Tapi yang pasti kasut yang saya beli cantik dan selesa untuk dipakai...
Suatu ketika dahulu saya pernah mempersoalkan... Berbaloikah untuk membeli sepasang kasut berharga melebihi RM 100 untuk digunakan di tapak kaki?? dan akhirnya saya telah membeli sepasang kasut berharga 2 setengah kali ganda daripada nilai tersebut...
Pada masa sekarang ni, terdapat bermacam-macam fesyen kasut telah berada di pasaran.. Bagi sepasang kasut yang paling mewah, harganya boleh mencecah sehingga RM3,000... Ini tidak termasuk lagi kasut yang ditempah khas dengan pelbagai aksesori seperti emas, berlian dan sebagainya yang boleh menyebabkan hargnya jauh tinggi...
Sekarang.. Sekali lagi saya lontarkan satu persoalan yang sama pernah saya lontarkan pada satu ketika dahulu... Cuma kali ini nilainya di tambah dengan 1 angka kosong...
Berbaloikah kita membeli sepasang kasut berharga melebihi RM1000?? Sedangkan ianya hanya digunakan di tapak kaki...
Keadaan ekonomi yang tidak menentu, kesan inflasi dan memenuhi faktor "kemahuan" dalam membeli belah memungkinkan perkara ini turut terjadi pada masa akan datang... Iaitu nilah RM1000 menjadi semakin kecil pada satu hari nanti...
Diharap anda dapat membantu saya memberi pendapat, pandangan dan ulasan tentang perkara ini di ruangan komen entri ini... Wallahualam...
0 Ulasan