Pada zaman teknologi ini, GPS merupakan satu keperluan kepada kita.. Terutamanya kepada orang-orang yang tak biasa memandu kereta di bandar-bandar besar seperti saya.. Tanpa GPS, Saya mungkin terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke satu destinasi, sedangkan orang lain boleh sampai ke destinasi yang sama dalam masa yang singkat sahaja...
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya memerlukan bantuan GPS sebagai penunjuk jalan... Pada masa sekarang ini terdapat banyak jenis GPS yang berada di pasaran yang boleh dimiliki secara Percuma.. Dalam banyak-banyak GPS ini yang mana satu yang terbaik kepada kita? Dan yang paling
penting sekali GPS tersebut perlu mesra pengguna...
Setakat ini saya hanya pernah menggunakan dua GPS sahaja iaitu Garmin dan Papago! Kedua-dua GPS yang pernah saya gunakan ini di "install" ke dalam "handphone"... GPS Papago! di "install" ke dalam "Handphone" isteri saya, manakala GPS Garmin di "Install" ke dalam "handphone" saya...
GPS Papago! dan Garmin dalam Hanphone saya dan isteri...
Saya mula menggunakan GPS Garmin Versi 2008 pada tahun 2009.. Semasa saya memandu kereta di Kawasan negeri Sabah dan Sarawak, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Garmin.. Tetapi bila memandu di kawasan Kuala Lumpur, jalan yang ditunjukkan oleh Garmin ada kalanya sukar untuk difahami.. sehingga menyebabkan beberapa kali saya tersalah memilih jalan.... ;)
Paparan GPS Papago! dan Garmin di telefon bimbit...
Saya pernah bertanya kepada rakan saya tentang perkara tersebut... menurut rakan saya, jalan-jalan di Kuala Lumpur sering berubah.. Jadi untuk membolehkan Garmin yang kita guna serasi dengan perubahan jalan tersebut, kita perlu kerap mengupdate Sofware Garmin yang kita gunakan... Kalau tidak, jalan-jalan yang ditujukkan oleh Garmin ada kalanya sudah tidak wujud lagi... Dan Garmin terpaksa "recalculate" semula untuk mencari jalan yang baru setiap kali kita tersalah jalan... Fuh letih betul dibuatnya...
Baru-baru ini kami sekeluarga pergi ke Kelana Jaya untuk menghadiri majlis Kenduri Perkahwinan sepupu isteri saya... Nak dijadikan cerita, Handphone saya mengalami masalah pada ketika itu sehingga tidak dapat digunakan di sepanjang perjalanan kami...
Jadi Tak dapatlah nak gunakan Garmin.. Tapi nasib baiklah ada Papago!.. Seperti biasa saya memandu dan isteri saya jadi penunjuk jalan dengan menggunakan bantuan GPS (Papago!).. Semasa memandu pada kali ini, saya berasa agak seronok disebabkan semua arah yang ditunjukkan oleh isteri saya adalah tepat.. Takder sekali pun kami sesat larat (istilah orang Perak) seperti sewaktu kami menggunakan Garmin... ;)
Nak tahu apa rahsianya???
Sila tengok pada gambar di bawah...
Paparan yang ditunjukkan oleh Papago! sama seperti keadaan sebenar..
Setiap kali ada sahaja simpang, papago! akan mengeluarkan paparan gambar jalan sama seperti keadaan sebenar... Dan menunjukkan arah anak panah pada jalan mana yang sepatutnya kita pilih... Patutlah semua jalan yang kami pilih tepat... Tak pernah sekalipun kami tersalah masuk simpang seperti yang pernah kami alami pada sebelum ini...
Secara kesimpulannya saya mengesyorkan anda menggunakan GPS Papago! kerana ianya lebih mesra pengguna... Ataupun menggunakan GPS Garmin versi terkini.. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada entri ini...
6 Ulasan
Papago SUCKS!
BalasPadamyeke?? kenape eh?
Padamsaya sedang meneliti semua fakta berkenaan Garmin dan Papago sbb sedang menilai tuk membeli.tp orang cakap TomTom pn bagus jugak..
BalasPadampapago the best bagi saya
BalasPadamBetul.. Saya suka papago.. Setiap jalan ditunjukkan terperinci sampai jalan shortcut pun boleh masuk ke kawasan kampung.. Kalau jalan yg ada pecahan lorong, papago akan bagitau lorong yg sepatutnya, so kita x confuse nak pilih lorong..
BalasPadampada saya Garmin juga ada paparan spt papago tersebut.garmin lebih mudah tunjuk arah dan cepat recalculate
BalasPadam