Seronoknya tengok kanak-kanak kembar 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini semasa mengunjungi adik ipar saya di Taiping, kami berkesempatan singgah di sebuah pasaraya Giant berhampiran di kawasan tempat tinggal beliau.. 

Sewaktu isteri saya sedang membeli belah, saya membawa anak saya Adam dan Haikal pergi ke sebuah tempat permainan kanak-kanak yang disediakan di dalam pasaraya tersebut.... 

Pada ketika itu secara kebetulan terdapat kanak-kanak perempuan kembar tiga berbangsa Cina yang turut bermain di taman permainan tersebut...


Tengok pakaian mereka... Dari atas sampai ke bawah semuanya sama... Kasut pun sama...


Alahai kiutnya gambar tiga pasang kasut ni... Boleh uncle pinjam satu... Macam koleksi barbie pula....

Ketiga-tiga kanak-kanak ini bernama Siew Ping, Siew Yin dan Siew Sen.. Ketiga-tiga mereka ni pandai bergambar... Saya acukan sahaja kamera pada mereka, mulalah mereka berposing sakan... 


Agak susah untuk saya mengecam mana satu Siew Ping, Siew Yin dan Siew Sen... Dahlah pakai baju sama, cara ikat rambut pun sama... Gaya masing-masing pun hampir sama... Ibu mereka pastinya tiada masalah untuk mengecam mereka... ;)

Seronok betul melihat gelagat kanak-kanak kembar tiga ini yang begitu aktif bermain... 



Menurut ibu mereka, agak letih juga nak membesarkan anak kembar tiga ni... Maklumlah, keperluan setiap kanak-kanak ini perlu dipenuhi dalam satu-satu masa secara serentak.. Contohnya sewaktu hendak menidurkan mereka, sewaktu mandi, makan, memakai pakaian, bermain dan sebagainya...


Mujur pula ibu kepada ketiga-tiga kanak-kanak ini tidak bekerja.. Jadi beliau boleh meluangkan sepenuh masa untuk menjaga mereka... 

Saya ada bertanya kepada ibu mereka, samada ketiga-tiga kanak-kanak ini mempunyai abang/kakak atau adik?

Ibu mereka memberitahu ketiga-tiga kanak-kanak ini merupakan anak kelahiran pertama beliau.. Buat masa ini beliau bersama suami belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata lagi... Ini disebabkan beliau masih terasa keletihan sewaktu menjaga tiga cahaya mata ini sekaligus...


Bila tengok orang lain dapat anak kembar, sebenarnya saya dan isteri teringin juga nak merasa dapat anak kembar.. tapi taknaklah sampai kembar tiga.. Kalau ada rezeki dapat merasa anak kembar dua pun jadilah...

Macamanalah agaknya kesibukan menjaga anak kembar ni??  Seorang menyusu, seorang lagi pun tentu nak menyusu sama.. Kalau seorang buang air kecil, silap-silap seorang lagi pun ikut sama... Pakai baju pun dah tentu nak pakai baju yang sama... Tentu letih dibuatnya kan?? 

Walau seletih manapun pastinya kita akan rasa bahagia menjaga zuriat kita sendiri... Maklumlah kita menjaga amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T.. 


Setakat ini saya bersyukur sangat sebab mempunyai seorang isteri dan dua orang anak lelaki.. Walaupun belum merasa dapat anak kembar.. Tetapi dah membuatkan kami cukup keletihan untuk melayan kerenah mereka yang begitu aktif disamping ada  "perangai" masing-masing yang adakalanya sukar untuk difahami...

Setelah Keletihan bermain di Taman permainan dibelakang mereka... 
Adam dan haikal bermain pula mesin-mesin permainan ini...

Buat pertama kalinya, tak kira berapa kali mereka menghidupkan mesin ini..
Disebabkan ianya percuma sahaja...
Mesin ini boleh dihidupkan secara berkali-kali tanpa perlu memasukkan duit

Naik kurus saya dan isteri dibuatnya melayan kerenah anak-anak kami.. Isteri saya berharap seandainya ada rezeki lagi pada kali ini, beliau teringin nak dapat anak perempuan...

Beliau yang suka bermekap dan berhias, ingin mencurahkan hasil kerja tangan beliau kepada anak perempuan sendiri...:)

Diharap anda semua sama-samalah doakan semoga kami berpeluang untuk mendapatkan anak perempuan pada kelahiran anak kami yang seterusnya...


Kami dah tengok perangai anak-anak lelaki kami... Macamanalah agaknya perangai anak-anak perempuan kami?? Harap-harap kami dikurniakan anak perempuan yang baik, solehah, sopan seperti Saidatina Fatimah R.A... Amin...


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang anda semua sedia maklum, Tempoh Pertandingan ABPP akan dilanjutkan sehingga 15 Disember 2011..  Jadi anda masih mempunyai masa kira-kira sebulan untuk mengundi blog yang anda minati dalam senarai berikut:


Undian dibuka pada setiap minggu... Terdapat satu entri yang dipaparkan pada setiap minggu yang membolehkan undian dilakukan...  Sekiranya anda berminat untuk mengundi pada minggu ini, anda boleh klik pada banner di bawah...


Semoga blog yang anda undi akan berjaya menjadi salah seorang pemenang mingguan Pertandingan ABPP dan seterusnya memenangi hadiah utama yang disediakan untuk pertandingan ini....



Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini) 
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

Catat Ulasan

1 Ulasan