Apakah Pencapaian/Kenangan Paling Bermakna Pada Tahun 2011 Setakat Ini??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap betul masa berlalu...  Sekarang ini kita dah sampai ke suku yang terakhir pada tahun 2011.. Ataupun dari segi statistiknya kita telah melepasi Kuartil ke 3 dalam tahun ini... Ini bermakna, Tinggal tak sampai lagi 3 bulan sahaja lagi sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya...

Tentu banyak memori atau kenangan indah, manis, suka, duka yang telah berjaya kita kumpul sepanjang tahun ini...

Bagi sesetengah orang, pengalaman/pencapaian yang berjaya diperolehi bagi tahun 2011 setakat ini merupakan pencapaian biasa... Tetapi bagi sesetengah orang tentu mereka telah dapat merasai pencapaian yang paling bermakna dalam kehidupan mereka...


Contohnya Bagi saya dan keluarga... Pencapaian/Kenangan Paling berharga bagi tahun 2011 adalah pengalaman dapat berpindah ke semenanjung dari Mukah Sarawak.. Walaupun mungkin pengalaman seumpama ini akan dapat saya rasai, 5 tahun sekali dalam perkhidmatan saya.... tapi ini adalah kali pertama saya merasai pengalaman tersebut.. Dan ianya sangat menggembirakan... disebabkan kami sekeluarga dapat merasai pengalaman berpindah dari negara yang sama tetapi berlainan kepulauan....

Tetapi bagi orang yang mendirikan rumah tangga atau mendapat cahaya mata pertama atau pergi menunaikan haji buat kali pertama dan sebagainya.... Pasti Ianya dapat menjadi pengalaman/Pencapaian paling indah dalam seumur hidup mereka...

Bagi anda yang berpeluang merasai pengalaman-pengalaman seumpama ini mungkin boleh kongsikan dengan pembaca blog ini... Cara nak kongsikan mudah sahaja...

Anda hanya perlu menaipkan entri "Pengalaman/Pencapaian terindah pada tahu 2011" di blog anda... Kemudian letakkan url entri tersebut di ruangan komen entri ini...


Saya ingin memberi satu lagi contoh pencapaian/pengalaman terindah seorang sepupu saya, Mohd Amin yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011...Semoga jodoh beliau bersama pasangannya, Nor Asyikin  kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang comel sebagai pelengkap kehidupan berkeluarga...


Sepupu saya Mohd Amin merupakan anak sulung bagi keluarga Pak Su saya iaitu Ustaz Hamami dan Ustazah Najihah.. Tarikh beliau melangsungkan majlis perkahwinan adalah pada 5 Syawal (3 Sept 2011) di sebelah pengantin perempuan... dan 12 Syawal (17 September 2011) di sebelah pihak lelaki..


Sekarang ni dah menjadi satu "trend" orang mengadakan majlis perkahwinan semasa hari raya Aidilfitri... Justifikasinya adalah untuk memudahkan semua ahli keluarga berkumpul sempena musim cuti perayaan...

Kalau nak mengadakan majlis seumpama ini pada masa yang lain agak susah, disebabkan masing-masing mempunyai komitmen tersendiri terutamanya melibatkan urusan kerja.. Bukan senang nak ambil cuti sebarangan sekarang ni... ;)


Majlis perkahwinan mereka turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Raja Kechil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah bersama Isterinya Tunku Soraya Sultan Abdul Halim...  

Bergambar kenangan bersama keluarga diraja...

Orang yang paling gembira semasa majlis perkahwinan ini sudah pastinya kedua ibu dan bapa pengantin iaitu Ustaz Hamami dan Ustazah Najihah.... @ pakcu dan makcu saya kerana majlis perkahwinan anak sulung mereka berlangsung dengan meriah dan ada tetamu VVIP dari kalangan kerabat diraja yang sudi hadir untuk memeriahkan majlin perkahwinan ini... 

Yang Mulia Raja Kechil Sulung Perak Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah bersama Isterinya Tunku Soraya Sultan Abdul Halim berangkat pulang Kira-kira pukul 2.00 petang bersama beberapa orang pengiring dari istana...

Kereta di bawah merupakan kereta yang dinaiki oleh pasangan diraja tersebut.... semasa menghadiri majlis kenduri perkahwinan Mohd Amin...


Sekali lagi.. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin Mohd Amin dan Nor Asyikin kerana telah berjaya memperolehi Pencapaian/kenangan Paling bermakna dalam tahun 2011.....

Bagi anda yang masih belum memperolehi sebarang Kenangan/Pencapaian paling bermakna pada tahun ini, anda masih ada masa kira-kira 2 bulan setengah sahaja lagi untuk mencapainya...

Sekiranya anda mempunyai calon pasangan hidup, mungkin anda boleh memanfaatkan tarikh 20/11/2011 untuk mengakhiri zaman bujang anda????

Ataupun anda dn isteri sedang menunggu saat-saat kelahiran bayi sulung anda????

Jadi mungkin anda boleh berkongsikan apa sahaja perancangan/pencapaian/kenangan paling bermakna pada tahun 2011 di blog anda... dan kongsikan urlnya di blog saya... untuk perkongsian kita bersama...  





Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini) 
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

Catat Ulasan

2 Ulasan