Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mungkin masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.. Dan juga Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 54 kepada semua rakan-rakan,kenalan-kenalan, saudara mara, sahabat handai dan juga buat rakan-rakan blogger yang hanya saya kenali di alam maya.. Insya Allah kalau ada kelapangan waktu, mungkin kita akan bersua muka juga pada satu hari nanti....

Selepas 29 hari umat Islam berpuasa... Menjelanglah 1 Syawal yang merupakan detik kemenangan bagi umat Islam, kerana berjaya mengawal hawa nafsu dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa di sepanjang bulan Ramadhan...

Tentu masing-masing mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman menyambut hari raya Aidilfitri pada kali ini... Bermula dari merancang perjalanan pulang ke kampung, pengalaman membuat persiapan hari raya, sambutan 1 syawal, dan sebagainya... Lain orang tentu lain ceritanya... Disebabkan blog ini kepunyaan saya, jadi ada sedikit kisah yang dapat saya kongsikan di sini... ;)

Ini merupakan kali pertama dalam hidup saya menyambut hari lebaran ini pada 30 Ogos 2011.. Jadi Hari Raya pada kali ini disambut berserta dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 pada hari raya kedua...

Secara jujurnya, saya tidak merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini disebabkan masing-masing sedang sibuk menikmati kemeriahan 1 dan 2 Syawal... Biasanya menjelang detik 12 malam pada 30 Ogos, ramai yang ternanti-nanti untuk melaungkan perkataan "MERDEKA"...

Tapi pada kali ini, mungkin ramai yang tertidur awal disebabkan keletihan menyediakan juadah Hari raya dan malayan tetamu yang hadir ke rumah masing-masing pada siang harinya.. Maklumlah hari raya pertama... selepas selesai solat hari raya, masing-masing sibuk berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai...

Sambutan hari raya saya dan keluarga pada kali ini ala kadar sahaja... Sama seperti tahun-tahun sebelumnya.. Cuma terdapat sedikit perbezaan pada tahun ini, kerana buat pertama kalinya kami pulang berhari raya tanpapperlu menaiki kapal terbang dan bas.. Kalau tak hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya melalui perjalanan kami...

Jadi perasaan kami dah tentu lebih menyeronokkan berbanding tahun-tahun sebelum ini....  Sebab tak rasa kelam kabut dan terkejar-kejar sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung...

Raya pertama pada tahun ini, kami sambut di rumah saya di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak...

Inilah teratak Emak dan Ayah saya di kampung...

Kemeriahan 1 Syawal di kampung saya dapat di rasai, bermula sejak daripada malam raya lagi... Masing-masing menyambut ketibaan satu syawal dengan cara tersendiri...

Bagi kebanyakan kaum ibu, pastinya sibuk di dapur untuk menyiapkan juadah hari raya....Bagi kaum bapa pula, ada yang membantu kaum ibu didapur dan ada yang berada di masjid atau surau untuk solat berjemaah dan seterusnya mengalunkan takbir raya...

Bagi golongan remaja pula, ada yang menggunakan kesempatan ini untuk menyalakan segala bunyi bunyian yang membingitkan suasanan pada malam tersebut... Walaupun pihak kerajaan telah cuba sedaya upaya membanteras mercun daripada dijual secara berleluasa... Tetapi masih ada pihak yang berjaya mendapatkan bekalan mercun untuk memeriahkan malam 1 syawal....

Jadi saya bersama adik-adik, anak-anak dan anak saudara pun turut sama memeriahkan malam tersebut dengan bermain bunga api dan "sedikit" mercun...

Haikal, Adam, Danish dan Taufik sibuk bermain bunga api...

Antara stok bunga api dan mercun yang kami ada.. Stok tahun lepas punya...

Mercun jiran tetangga yang lain berkumandang di udara dengan pelbagai pancaran cahaya dan dentuman... Stok mercun dan bunga api yang kami ada sekadar untuk berseronok memeriahkan suasana hari raya sahaja....

Pada sebelah pagi hari raya pula... selepas menikmati sedikit makanan (sunat) kami pun pergi bersembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Besar Felcra Changkat Lada...

Masjid dua tingkat ini padat dengan jemaah menjelang hari raya..

Selepas solat Hari raya...

Kemeriahan menyambut satu Syawal di Changkat Lada begitu dirasai ketika solat sunat Aidilfitri... Terdapat sebuah masjid dan beberapa buah surau di Fasa-fasa yang di penuhi dengan jemaah yang hadir untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri...

Makumlah peneroka asal Felcra Changkat Lada hampir kesemuanya telah bercucu.. Jadi apabila menjelang hari raya, maka ramailah anak cucu pulang berhari raya di sini....

Selepas solat sunat Aidilfitri, kami berkumpul di rumah untuk menikmati juadah hari raya disamping bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga....

Untuk aktiviti seterusnya kami pergi beraya di rumah kawan-kawan dan jiran tetangga... Pada tahun-tahun sebelum ini saya mengikuti aktiviti "Baraan" yang merupakan nama panggilan bagi masyarakat Jawa untuk aktiviti kunjung mengunjung secara beramai-ramai ke setiap rumah yang mengambil bahagian... Tapi pada tahun ini aktiviti tersebut tidak lagi diadakan oleh jiran tetangga di kawasan rumah emak dan ayah saya...

Jadi pada tahun ini kami beraya mengikut haluan dan kehendak masing-masing.... Taklah semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini....

Setakat ini sahaja perkongsian hari raya Pertama saya di kampung pada tahun ini... Dan anda juga pastinya mempunyai cerita tersendiri menyambut satu syawal di kampung masing-masing...

Semoga anda dapat menyambut satu Syawal pada tahun ini dengan penuh kemeriahan di samping insan-insan yang anda sayangi....

Untuk hari raya Kedua, saya berhari raya di rumah mertua di Pusing Perak.. Sehinggalah hari Jumaat....



Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri.. Dan mohon ampun maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan yang saya lakukan samada yang disengajakan atau tidak disengajakan....

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.. Dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri...


Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini) 
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. aihhhhh wong jowo rupane :)


    selamat hari raya...njalok ngopuro seng akeh2 :)

    BalasPadam
  2. salam lebaran ya?
    duit raya untuk elie ada tak? heheh

    BalasPadam
  3. kami menjemput para blogger berkunjung ke blog terbuka kami di menara kehidupan. sudi2 lah joint blog kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. blogger tu apa yeeeeeeeeeeee....?????

      Padam
  4. slmt hari raya bro..mcm mana semua sihat ?

    BalasPadam
  5. selamat hari raya jua untuk anuar sekeluarga...terima kasih singgah di tertak blog With Julia...maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  6. singgah sini jap..slamat hari raya...thanks 4 visiting.. =)

    BalasPadam
  7. selamat hari raya,mood raya masih membara,jgn lupa puasa sunat syawal ...:)

    BalasPadam
  8. Sama-samalah kita berpuasa sunat Syawal supaya dapat tambahan pahala dan ganjaran dari pada yang Esa.. Insya Allah...

    BalasPadam