Syukur Alhamdulillah... Akhirnya 4 Fridge Magnet dari Denmark yang merupakan antara Hadiah untuk pemenang Cabaran Mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular telah pun sampai ke tangan saya..
4 Fridge Magnet berserta sampul surat..
Gambar belakang 4 Fridge Magnet (Maaf gambar tak cantik)
Memandangkan saya telah berpindah ke Sabak Bernam, Selangor.. jadi tempoh penghantaran hadiah tersebut dari Mukah Ke Sabak Bernam memakan masa agak lama... Tapi tak kisahlah yang penting hadiah tersebut telah sampai dan hanya menunggu siapakah blogger-blogger yang bertuah memenangi hadiah-hadiah ini...
Hadiah-hadiah ini dihantar oleh saudara Muhammad Imran.. Beliau merupakan orang Kelantan dan kini sedang menyambung pelajaran di Technical University of Denmark Copenhagen, Denmark.. Nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman hidup beliau di Denmark anda boleh layari blog beliau Dari Kelate Ke Copenhagen (Klik Di Sini)
Nampak macam seronok jer hidup di perantauan ni... Tapi ada masa tu rasa sedih jugalah, terutamanya masa menyambut hari raya aidilfitri... Beliau terpaksa beraya di perantauan bersama rakan-rakan seperjuangan di sana..
Sabar jelah Encik Imran yer..Anggaplah ianya sebagai satu cabaran untuk menggenggam segulung kertas berharga yang bakal mencorak masa hadapan anda...
Sebut pasal raya ni.. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saudara Imran dari Denmark.. Kirimkan juga salam saya kepada rakan-rakan perantau di sana yer.. ;)
Seperti yang kita semua sedia maklum Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di Bulan Syawal (30 Syawal).. dan hari raya Aidilfitri yang terakhir untuk tahun ini... Jadi bagi anda yang tak puas lagi beraya... Raya puas-puaslah hari ni yer.. ;)
Dalam sampul bungkusan yang di hantar kepada saya terdapat satu warkah daripada Encik Imran untuk saya...
Warkah dari Saudara Imran kepada saya..
Nampak gayanya hanya tiga sahaja Fridge Magnet yang diberikan sabagai hadiah pemenang Cabaran Mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular.. Satu lagi dihadiahkan kepada saya... Terima kasih Encik Imran.. Nanti saya suruh wife saya pilih mana satu yang beliau berkenan...
Cantik-cantik Fridge Magnet yang diberikan ini... Saya cuba dahulu lekat dekat peti ais rumah saya...
Fridge Magnet untuk hiasan Peti Sejuk...
Macamana cantik tak??? Tapi saya pinjam sekejap jeryer.. Tumpang tangkap gambar.. Nanti saya simpan balik dalam sampul.. Ini amanah yang diberikan oleh saudara Imran pemilik blog Dari Kelate Ke Copenhagen (Klik Di Sini) selaku salah seorang penaja pertandingan ini...
Hadiah-hadiah ini akan dipertandingkan pada Cabaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular untuk Minggu ke 17 sehingga minggu ke 19... Satu minggu untuk satu hadiah...
Pemandangan di Kobenhavn (Berbelit lidah menyebutnya)
Cantik pemandangan ini.. Bila agaknya dapat berpeluang pergi ke sana...
Pemandangan Di Danmark...
Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Imran dari blog Dari Kelate Ke Copenhagen (Klik Di Sini) kerana sudi menjadi salah seorang penaja Pertandingan ini.. Semoga tuan murah rezeki selalu dan berjaya mencapai apa yang diimpikan.. Walaupun kita tak pernah bersua muka, tapi saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan...
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua peserta Pertandingan ABPP dan juga para pengunjung blog ini kerana terus memberi sokongan berharga untuk saya mengendalikan pertandingan ini sambil menulis blog..
Semoga anda berjaya menjadi salah seorang Pemenang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular yang menyediakan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi....
Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini)
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini)
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda
15 Ulasan
wahhhh.. cantiknya...
BalasPadamCantikkan.. Tapi saya simpan buat sementara jer.. Lepas ni akan menjadi milik pemenang... Takpelah merasa pegang sekejap..
BalasPadamJemput akak untuk memeriahkan Pertandingan Anugerah Blog Pling Popular... Mana tahu ada peluang memenangi hadiah ini.. Akak kan antara blogger perempuan yang dikenali...
wah...sgt cantik la bro!untungnya sape yg dapat nie..dr denmark tue..
BalasPadamaah bro..ssh btol nak dpt BE skrg nie..ifa pun ada 2 je nie..sob2..
cantik permandangan dia...
BalasPadamcantiknya FM tu, pemandangan kat Denmark pun cantik sangat, bila lah dapat ke sana...
BalasPadamcantiknya. mcm mana nak join
BalasPadamminta buat pop up window. sebab byk entry panjang2
BalasPadamwa bestnya..jauh fridge magnet tu datang
BalasPadamterima kasih sudi ke blog saya yang biasa2 aje tu. Mcmna nak join?malu lah plak hehe...
BalasPadambest ni..cano nak join
BalasPadamBESTNYERRR, MEMANG CANTIK..
BalasPadambERTUAH SAPA YANG DAPAT TU :)
mcm mana nak joint contest blog popular ni.. apa perlu buat ajar sikit..
BalasPadamsanteknye fridge magnet tuh...heee....thanks sudi singgah teratak einz....tp einz tak fofular pun....hehehe...neway thanks again ^_^
BalasPadamSama2 Bro Anuar.
BalasPadamKalau bgtau awal2 tak yah hntr ke Mukah, terus ke Sabak Bernam. Tp, x pe la, janji sampai.
FM tu memang spesel. Kat belakang ada label dan penerangan.. Tak nampak mcm buatan dari China..haha
So, sape2 yg berkenan FM tu, jgn lupa utk join utk jd pemenang Cabaran Mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular di blog Bro Anuar ni..
Salam, sye bukan x nk join tp blog sye dlm English n x ramai yg dtg n nk bc blog english......so boleh popular ke?
BalasPadam