Pada Hari ketiga Di Kota Kinabalu, kami sempat pergi ke Lok Kawi Wild Life Park.. Di Lok Kawi Wild Life Park anda boleh melihat pelbagai spesis binatang dan tumbuh-tumbuhan..
Kami datang ke sini dengan memandu sebuah kereta MyVi yang kami sewa.. Untuk pengetahuan anda pelawat yg mengunjungi taman ini bukan dari sekitar sabah sahaja..Ia juga di kunjungi oleh pelancong luar negara.. Maklumlah dekat Sabah ni kan antara destinasi percutian yang menjadi pilihan pelancong asing.. Jadi tak hairanlah kalau kita tengok ramai "mat Saleh" berada di sini..
Harga tiket yang di tawarkan kepada pelawat juga adalah berbeza mengikut umur dan status kerakyatan.. Berikut adalah harga atau pun bayaran masuk ( Entrance Fees ) yg di tawarkan.
1.Pelawat 18 thn ke atas ( visitors 18 yrs old and above)
i) Warganegara Malasia ( Malaysian Citizen ) RM 10.00
ii) Bukan Warganegara Malaysia ( Non Malaysian citizen) RM20.00
2.Pelawat di bawah 18 thn (Visitor below 18 yrs old
i) Warganegara Malaysia ( Malaysian Citizen ) RM5.00
ii)Bukan warganegara Malaysia ( Non Malaysian Citizen) RM10.00
Warga Tua ( 60 thn ke atas ) Warga nagara malaysia sahaja - PERCUMA
Orang-orang kurang upaya ( OKU ) - PERCUMA
Antara binatang yang menjadi tumpuan di sini ialah Gajah.. Dekat sesetengah zoo mungkin anda tidak berpeluang untuk menyentuh atau memberi makan kepada gajah.. Tapi di sini anda dibenarkan untuk melakukan tindakan berikut..
Seorang kanak-kanak memegang belalai gajah..
Seorang pelancong yang turut mengambil peluang memegang belalai gajah..
Mama suzana, Haikal dan Adam
Gajah Berendam
Selain daripada gajah anda juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis binatang lagi seperti Orang Utan, Harimau, rusa, kuda, burung, raptelia dan beberapa jenis binatang lagi..
Harimau Malaya
Rusa
Burung Helang
Burung Kakak Tua
Flora dan Fauna
Antara gambar menarik yang terdapat di pintu masuk Lok Kawi Wildlife Park
Kami tak larat nak meronda habis disebabkan mama Suzana dah keletihan.. dan Adam pun dah tertidur..
Tumpang rehat sini sekejap
Ambil gambar sekejap sementara Adam dah bangun..
Selepas selesai melawat Lok Kawi Wildlife Park, Mama Suzana mengajak saya mengunjungi "shopping Complex" terkenal di Kota Kinabalu iaitu One Borneo.. Nantikan episod seterusnya perjalanan kami berpindah dan bercuti di Kota Kinabalu..
0 Ulasan