Cuti-Cuti Malaysia Vs Pindah (Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak) Pulau Manukan..

Pulau ketiga atau terakhir yang kami sekeluarga lawati semasa di Kota Kinabalu adalah Pulau Manukan.. Antara ketiga-tiga pulau yang terdapat dalam kawasan Tunku Abdul Rahman Marine Park.. Pulau Manukan merupakan tempat yang paling sesuai untuk berekreasi bersama keluarga..

Ini disebabkan pantainya yang luas, bersih dan cantik.. Disamping itu terdapat kedai yang menjual makanan ala-ala kampong yang enak dan mempunyai kedai yang menjual pelbagai keperluan untuk para pengunjung..

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang 3 jam berada di Pulau Manukan..


Pemandangan sewaktu mendarat di Jetty

Seperti biasa Haikal menghabiskan bekalan roti yang kami bawa..

Dasar laut yang indah..

Perut lapar.. Makan tengahari dulu sebelum berenang..

Sesuai untuk bersantai bersama keluarga..

Kedai keperluan dan kedai makan yang menyajikan makanan dengan harga yang berpatutan

Haikal masih takut memijak pasir walaupun telah berada di Pulau yang ketiga..

Adam juga sedang menjamu selara sebelum dipaksa masuk ke dalam laut..

Saya dan Adam sedang bersnokling...

Akhirnya.. Haikal mula seronok bermain pasir.. Setelah dipaksa berkali-kali..

Sebelum pulang sempat lagi bagi ikan makan..roti..

Baki roti yang tinggal..

Haikal tertidur keletihan..

Pemandangan Kota Kinabalu..

Bangunan berwarna Kuning merupakan Gaya Centre Hotel tempat kami menginap..

Secara peribadi saya mendapati ketiga-tiga pulau yang telah saya lawati mempunyai kelebihan masing-masing..

Pulau Sapi mempunyai batu karang yang cantik.. Sangat sesuai untuk aktiviti Scuba, Scuba Doo dan Snokling.. Pulau Mamutik merupakan sebuah pulau yang kecil dan indah.. Manakala Pulau Manukan sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama seisi keluarga..


Apa macam.. best tak cuti-cuti Malaysia di Sabah.. Selain dari pulau-pulau dalam kawasan Tunku Abdul Rahman Marine Park ini.. banyak lagi tempat lain yang menarik di Sabah yang perlu kita lawati.. Jom kita menyahut seruan kerajaan untuk bercuti-cuti dalam negara kita yang terkenal dengan keindahannya yang tersendiri..

Seterusnya saya juga menjumput anda untuk mengundi blog pilihan yang anda minati dalam senarai berikut:


Untuk mengundi anda hanya perlu menulis nombor pendaftaran peserta undian berserta URL nya sekali pada ruangan komen di entri Pertandingan (KLIK DI SINI)




Anda Juga Mungkin Meminati:

Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini) 
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. wah.. cntik sungguh laut.. teruja tgk.. :)

    BalasPadam
  2. ikan apa tue kecil2

    BalasPadam
  3. comel2 anak..:)
    sungguh cantik pemandangan.:)

    BalasPadam
  4. Sabah mmg cantik...saya baru saja terbang kesana bln3 yg lalu. Tapi percutian kami secara budjet, berdua saja dgn en.suami. Sempat juga naik separuh gunung kinabalu.

    http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

    BalasPadam
  5. http://fyapelangi.blogspot.com/



    maaf. sata dah tukar link blog. sangat setia da xpkay link tu :/ rasanya, ade bagitaw. mungkin penganjur terlepas pndang sikit lha tu :)

    BalasPadam
  6. bersnokling sangat besh kan ? heeee ;)

    BalasPadam