Cuti-Cuti Malaysia Vs Pindah (Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Perak).. Bag. 5..

Mukah Ke Miri..

Akhirnya sampai juga masanya untuk kami sekeluarga meninggalkan bumi Mukah.. Setelah berhempas pulas mengemas barang-barang untuk berpindah..

Terasa begitu sedih untuk meninggalkan bumi Mukah ini.. Di sinilah kehidupan berkeluarga kami bermula..  Terlalu banyak kenangan yang tidak dapat kami lupakan sepanjang berada di sini..

Tapi kata orang setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Adat perantau, pasti akan pulang semula ke tempat asal untuk berada dekat dengan kaum keluarga.. Seperti kata Nordin Ahmad (Damak) dalam Filem Sri Mersing..

"Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu"

Jadi kami pun bertolak meninggalkan bumi mukah tercinta dengan menaiki Twin Otter (Pesawat ringan) ke Miri..

Mungkin ini kali terakhir saya menaiki Twin Otter..

Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya berpeluang menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Miri.. Jadi secara tidak langsung saya mengambil kesempatan ini untuk menambah koleksi lapangan terbang yang pernah saya jejaki sepanjang berkhidmat di Mukah.. Di saat-saat akhir berada di Mukah..

Berada di Lapangan Terbang Miri..

Besar juga lapangan terbang Miri ni..

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Miri, kami pun terus bertolak ke Hotel dengan menaiki teksi pada harga di bawah RM30.00..

Hotel yang kami tuju tak lain dan tak bukan adalah Imperial Hotel yang terletak di bandar Miri.. Kami memilih hotel ini disebabkan mudah untuk kami mencari tempat makanan.. Disamping kedudukannya yang berada satu bangunan dengan shopping Complex..

Harga bilik yang terdapat di Hotel ini berpatutan.. Untuk 'goverment Rate' harga bilik hotel paling murah adalah RM150.00 (termasuk sarapan pagi) dan harga Appartment paling murah sekitar RM170.00 (Tidak termasuk sarapan pagi)..

Kami memilih untuk tinggal di appartment disebabkan ianya luas.. dan banyak kemudahan lain yang disedikan.. Ianya sesuai untuk penginapan keluarga..

Terdapat ruang tamu lengkap dengan perabot..


Terdapat Kabinet Dapur dan mesin basuh automatik..

Peti Ais, Meja makan, Ketuhar Gelombang Mikro dan ampaian untuk menggantung baju..

Bilik tidur yang agak luas dan selesa.. 

Dapur untuk memasak..

TV berserta DVD Player.. (Haikal mengambil kesempatan untuk menonton DVD Ultraman)

Menyaksikan pemandangan Bandar Miri dari tingkat 22..

Antara gambar kenangan di satu sudut dalam ruang legar Imperial Hotel..

Memandangkan kali ini mungkin kali terakhir saya menjejakkan kaki ke bandar Miri.. Suatu kepuasan dapat tinggal di hotel ini.. Kami sekeluarga dapat menikmati keselesaan yang kami perlukan..

Sekian sahaja untuk perkongsian saya pada entri kali ini.. Jangan lupa untuk mengikuti episod seterusnya.. Perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu.. 

Sebelum itu, jangan lupa untuk mengundi blog pilihan anda.. Dalam senarai berikut:
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 1-50)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 51-100)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 101-150)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 151-200)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 201-250)
Senarai Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (No. 251-300)

Cara nak mengundi mudah sahaja.. Anda hanya perlu mengenal pasti nombor pendaftaran dan URL blog pilihan anda..

Kemudian taip undian anda pada ruangan komen yang terdapat di entri ini.. (Klik Di Sini)

Selain itu, anda juga boleh mengundi di Facebook dengan klik pada icon di bawah:


Anda boleh klik "like" di facebook pada mana-mana blog yang anda minati..

Anda Juga Mungkin Meminati:

Catat Ulasan

0 Ulasan