AKtiviti Makak & Mengancau Di Mukah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada pagi Selasa sempena cuti Wesak baru-baru ni.. Saya di ajak oleh dua orang blogger Lanun Sepet dan Mohd Faiz untuk menyertai Aktiviti Makak & Mengancau di Kampung Sg. Alo (Berhampiran dengan surau dalam perjalanan untuk Ke Kampung Seberang)..

Walaupun dah 5 tahun duduk di Mukah.. Ini kali pertama saya pergi ke kampung Sg. Alo dan juga kampung seberang.. Sebabnya mungkin sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang tujuan untuk berkunjung ke kampung tersebut.. Jadi bila Lanun Sepet dan Mohd Faiz mengajak saya untuk turut serta aktiviti Makak & Mengacau ni.. Saya terus bagi Green Light.. Tanda setuju lah tu..

Pada tahun 2008 saya pernah pergi ke Kampung Jebungan kerana terlibat dalam aktiviti Safari Berakit sempena Pesta Kaul (Berkayak dari Kampung Jebungan Ke Pasar Lama Mukah)..

Jadi bila dah menjejakkan kaki ke Kampung Sg. Alo dan Kampung seberang ni.. Kira dah hampir selesai semua pengalaman "Explore" di Mukah..

Dalam blog sembang hari2 sebelum ini, saya ada bercerita tentang udang galah (udang).. Dan pengalaman menangkap udang galah dengan tangan sewaktu musim kemarau selepas banjir di Mukah..

Tapi pada kali ini saya nak berkongsi satu lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Mukah.. iaitu menangkap udang halus (Bubuk) dan udang laut (Payak)..

Udang Halus (Bubuk) merupakan udang-udang kecil yang biasa digunakan untuk membuat belacan dan cencalok.. Manakala Udang Laut (Payak) merupakan udang yang biasa kita jumpa di pasar.. Biasa digunakan dalam masakan mee goreng, bihun goreng, udang masak petai dan sebagainya..

Walaupun dah banyak kali tengok orang menjalankan aktiviti Makak dan Mengancau ni.. Saya sebenarnya tak pernah pun mencuba melakukan aktiviti ini..

Jadi pada kali ini, ingatkan nak try sekali.. Tapi syaratnya kena pergi ke sana pada jam 7.00 pagi.. Redup dan sejuk untuk menjalankan aktiviti ini..

Tapi... Almaklumlah banyak perkara yang nak perlu disiapkan.. terutamanya 2 orang hero saya yang tidur lewat pada malam sebelumnya... Kami sekeluarga bejaya sampai ke kampung tersebut hampir jam 11.00 pagi.. Lewat pulak dah..

Matahari dah terik.. Jadi sampai dekat sana saya jadi tukang tangkap gambar sahaja.. Dan tukang rasa masakan.. hasil tangkapan yang diperolehi... Tolong rasa sehingga kenyang tu ;) .. Tak patut.. Tak Patut..

Jadi inilah dia hasil gambar-gambar aktiviti yang berjaya saya perolehi..

Anak-anak kecil ini turut menyertai aktiviti makak...

Seorang ibu dan anak yang dikendongnya sedang melihat Hasil tangkapan Makak ...

Kanak-kanak ini sedang mencari rezeki..

Jauh juga abang ni pergi memakak..

Sebahagian daripada Hasil tangkapan yang berjaya diperolehi..

Makcik ini sedang membersihkan Udang Halus (bubuk) yang diperolehi...
Abang-abang kita di sana tu sedang menyiang ikan, hasil tangkapan aktiviti Mengancau...


Pukat hanyut yang diikat pada sebatang kayu yang dipacak di laut..

Seorang sedang menjalankan aktiviti Makak dan sebuah sampan sedang memungut hasil pukat hanyut..

Antara hasil tangkapan aktiviti Mengancau (Tangkap ikan dengan Pukat hanyut)

Udang laut (payak) dan ikan yang siap dipanggang.. Tinggal makan jer.. hehehe

 Ikan-ikan hasil tangkapan juga turut dibuat Umai..
Adam dan Isteri saya sempat Berposing...

Antara rakan-rakan yang memeriahkan aktiviti ini..

Kawasan ini sesuai untuk bersantai.. Bagi mencari ketenangan..

Selain daripada aktiviti makak dan mengancau ini.. rakan-rakan saya turut terlibat dengan aktiviti gotong royong bersama penduduk-penduduk kampung ini..
Turut menjayakan aktiviti ini adalah guru-guru sekolah sekitar daerah Mukah yang kebanyakannya berasal dari semenanjung... Menarik aktiviti ni.. Melalui aktiviti seumpama ini kita dapat berekreasi.. Dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.. yang paling penting sekali dapat menimba pengalaman baru ditempat orang...

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang aktiviti Makak Dan mengancau ini, anda boleh klik Di Sini

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu.. sekian terima kasih..



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. .jom layan autoshow batu pahat lak .http://gilamodified.blogspot.com/2011/05/autoshow-batu-pahat-may-15th-2011.html

    BalasPadam
  2. blom ada rezki nk p sabah @ serawak

    BalasPadam
  3. udang di situ sangat fresh.. kalau dibakar, mmg sedap!! huhuh syukur~

    BalasPadam
  4. tak pernah lagi try cenggini. hiks *jakun kejap.

    BalasPadam
  5. bubuk ! time fera dudok sarawak dulu , neighbor slalu tangkap bubok kat kampung dia . lepastu buat belacan sendiri .. x)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang dekat Sarawak memang suka buat belacan sendiri.. Saya pernah juga beberapa kali dapat bubuk free masa hantar anak saya ke rumah pengasuh.. Jiran2 pengasuh anak saya yang bagi.. Bila dah dapat banyak, tak tahu nak buat apa.. ;)

      Padam
  6. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... macam best je...huk huk bila la dapat gi sana...

    p/s: weh, madu dalam english kite panggil ape? rujuk sini:HONEY? SECOND WIFE? CO-WIFE? =.=''

    BalasPadam
  7. bestnye...sayang x dpt ikot...aku ada aktiviti lain hari tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takper sani.. nanti bila ada peluang boleh pergi lagi..

      Padam
  8. salam dari blogger Sibu , Sarawak.

    www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  9. udangggggggggggggggg.. sedap nye.. hehe new here... :) follow you

    BalasPadam
  10. wah menarik aktiviti ni, kami kat doha pernah g tangkap ketam

    BalasPadam
  11. salam.saya memang minat... perkara berkaitan di laut

    BalasPadam
  12. wah..sangat2 la best aktivitie nie..lagi2 pastu makan la..pergh..nyaman bha nie..

    BalasPadam
  13. bubuk tu jadikan umai pun sedap ... hehe ...

    BalasPadam
  14. This is one of the blog post about the aktivi, visit Full stack web development training in agra

    BalasPadam