Dalam pertandingan robocon ini, setiap robot dikehendaki melaksanakan beberapa tugasan untuk mendapatkan markah..
Ada markah yang diperuntukkan untuk setiap tugasan.. Selain itu penolakan markah juga turut dikenakan terhadap mana-mana robot yang malakukan kesalahan semasa melakukan setiap tugasan..
Markah tertinggi yang setiap robot layak perolehi adalah sekiranya ia berjaya melakukan semua tugasan tanpa melakukan sebarang kesalahan, dapat memasukkan kesemua 5 bola ke dalam bakul dan menyiapkan kesemuanya lebih awal daripada tempoh masa yang diberikan..
Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat dan peraturan permainan, anda boleh mendapatkannya dengan klik pada pautan di bawah:
Syarat dan Peraturan Robocon PMU 2011 (klik Di Sini)
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang pertandingan ini berlangsung..
Aksi salah sebuah robot mengambil bola tenis
Terdapat masalah teknikal.. Tolak 1 markah..
Memasukkan bola ke dalam bakul.. Dapat 2 markah..
Mengambil bola..
Memasukkan bola ke dalam bakul..
Saya suka design teknikal robot ini..
Wah.. Berjaya masukkan 3 biji bola sekaligus dalam bakul.. 6 Markah..
3 markah diberikan bagi robot yang berjaya naik dan turun dari pentas ini
tanpa melakukan sebarang kesilapan
Terserlah pada gaya..
Sebuah robot gripper yang saya suka..
Memang layak dapat tempat ke 2 pertandingan Robocon pada kali ini..
Aksi Robot juara..
"Sedut" semua bola yang berada di laluan robot ini..
Alamak tak masuk semua.. Sabar, jangan tamak sangat..
Robot gripper yang menakutkan..
Cuba memasukkan bola ke dalam bakul..
Cutenya robot ni..
Robot Gripper yang menggunakan Wayarless..
Para pengadil pertandingan.. Saya di sebelah kiri sekali..
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang robot-robot yang bertanding, anda boleh meninggalkan menulis pertanyaan anda pada ruangan komen atau emailkan kepada anuarmarsib@gmail.com
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2001, anda boleh layari http://sembanghari2.blogspot.com/
Admin Blog
0 Ulasan