Pagi tadi dalam pukul 11.30 sempat lah jalan-jalan pergi pasar Mukah sekejap.. Sebenarnya masa jalan-jalan tu tak berniat pun nak beli ikan disebabkan semalam dah beli seekor ikan kerapu dan selonggok udang galah..
Kali ni pergi ke pasar Mukah cuma nak beli garam dan beberapa barang yang terlupa nak beli semalam.. Tapi bila sampai di pasar Mukah, saya jadi teruja tengok ikan-ikan segar yang baru sampai dari laut.. Ada sesetengah ikan tu masih di atas bot lagi.. dan sedang di punggah..
Sebenarnya masa saya pergi tu, kebanyakan nelayan baru sahaja balik dari menangkap ikan.. Kebetulan rezeki mereka banyak pada kali ini.. Tu yang banyak ikan dijual di pasar sekitar pukul 11.00 sehingga.. ikan tersebut habis dijual.. ;)
Seorang peniaga yang sedang mengisi ikan ke dalam plastik..
Ikan baru sampai.. Segar-segar.. Jadilah pembeli pertama.. ;)
Rambang mata melihat ikan-ikan ni.. Murah rezeki nelayan hari ni..
Ikan merah juga masih segar...
Terdapat nelayan yang sedang mengutip ikan dari jaring..
Ni trip pemunggahan kali yang ke berapa? Nampak macam dah berkali-kali.. ;)
Abang kita ni kutip ketam ker kutip ikan.. ;)
Disebabkan teruja dengan ikan-ikan segar ni.. Saya pun beli lah juga RM10 sekilogram.. Harga Ikan kembung besar pada hari ini.. nak beli banyak takut tak habis.. Sebab takder siapa nak makan.. Nak beli sikit, rasa rugi pula.. Kebetulan masa ni ikan tengah banyak.. Dan harga murah sedikit daripada biasa..
Saya pun tak tahu harga tersebut dikira mahal atau murah berbanding harga di semenanjung.. Sebabnya harga ikan di Mukah suatu ketika dahulu memang murah.. Tetapi dah banyak kali naik harga.. Dan dalam masa yang saya juga dah lama tak semak harga pasaran ikan di semenanjung..
Jadi mungkin kita boleh berkongsi informasi tentang harga ikan di tempat masing-masing dengan menulis komen di ruangan komen yang disediakan.. ;)
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Anda Juga Mungkin Meminati:
Pelajar Seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan..
Liga Cilik JMSK
Egg Tart And Chesscake From Uncle Joe..
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Abang Dan..
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
0 Ulasan