Petang semalam saya ada menghadiri satu mesyuarat tentang aktiviti perkhemahan pelajar semester 1 polibriged yang dirancang untuk diadakan pada 1-4 April 2011 di Padang Politeknik Mukah Sarawak..
Kebetulan sebelum meeting tersebut diadakan saya solat Jumaat di masjid Mukah, manakala isteri saya dan Pn. Aida pergi membeli barang di sekitar Mukah.. Masa sedang berjalan-jalan isteri saya terpandang khemah yang agak murah dijual di One Stop, Mukah..
Disebabkan kami sebenarnya dah lama survey harga khemah untuk membelinya.. Kebetulan pula terjumpa khemah yang berharga RM85.00, jadi isteri saya tanpa berfikir panjang menyuruh jurujual membuka khemah tersebut.. Memandangkan harganya berpatutan dengan saiz dan material yang digunakan, maka isteri saya pun membeli sebuah khemah.. Walaupun beliau sendiri tidak pernah bermalam di dalam khemah.. ;)
Haikal "perposing" di Khemah baru beliau..
Berkhemah di dalam rumah..
Beg Khemah.. Mudah di bawa ke mana-mana..
Reaksi Haikal apabila saya dan isteri memasang khemah..
Dengan penuh gembira beliau mengucapkan terima kasih kepada saya dan isteri.. "Terima kasih Ibu dan terima kasih ayah, sebab belikan Ekal khemah.. Ekal sayang Ibu, Ekal sayang Ayah"..
Sebenarnya khemah tersebut kami beli sapaya kedua-dua anak kami dapat bermain bersama-sama.. Sebelum ini isteri saya ada "mendirikan" sebuah rumah untuk mereka berdua..Tetapi saiznya terlalu kecil dan dibuat dengan susunan kepingan-kepingan huruf.. Sajer je suka-suka.. Teringat masa zaman kecil-kecil dahulu... Saya dan isteri orang kampung.. Walaupun kami tak pernah bersua muka atau kenal mengenali antara satu sama lain.. ;)
Tapi yang pasti, kami berdua pernah merasai pengalaman bermain pondok-pondok di kampung.. Disebabkan anak-anak kami hidup di kawasan bandar, mereka tidak akan dapat merasai pengalaman tersebut.. Jadi kami cuba mencari alternatif lain untuk mereka..
Rumah ini roboh disebabkan...
rumah asal sebelum di sepak bola..
Binaan rumah ini tidak kukuh..
Adam dan Haikal.. Main sama-sama yer..
Disebabkan isteri saya tidak pernah tidur di dalam khemah.. Jadi malam tadi kami anak beranak tidur dalam khemah yang dipasang di dalam rumah..Kebetulan pula khemah yang dibeli muat untuk kami sekeluarga (Queen Size)..
Dengan adanya khemah ini, selepas ini mungkin lebih panjang lagi episod cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga.. ;).. Doakan kami sekeluarga murah rezeki dan juga mempunyai kesihatan yang baik..
0 Ulasan