Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Seperti biasa dalam sebulan tak sah kalau blog ini tak menceritakan sedikit kisah tentang perkara yang berlaku di Mukah Sarawak..
Pada 2 minggu lepas (maaf baru kali ini berkesempatan untuk menulis entri ini) ada berlaku satu 'event' di Mukah Sarawak iaitu Hari Bertemu Pelanggan & KDN bersama rakyat..
"Event" yang diadakan agak meriah juga.. Ramai pengunjung yang hadir disebabkan ada beberapa aktiviti menarik yang turut diadakan sempena "event" ini seperti suka neka, beberapa peraduan untuk kanak-kanak, pameran dan juga gerai-gerai jualan makanan dan gerai jualan pakaian..
Banner "event" hari Bertemu Pelanggan yang terdapat di atas pentas..
Jadi pada hari Ahad iaitu hari terakhir "event" ini diadakan saya bersama isteri dan anak-anak sempat juga mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sana.. Biasanya kalau pergi ke event seumpama ini, perkara pertama yang akan saya cari adalah kisah-kisah, peristiwa-peristiwa, adat-adat atu pembangunan-pembangunan yang terdapat di Mukah Sarawak..
Dijemput cuci-cuci mata untuk melihat gambar-gambar yang saya tangkap sepanjang "event" tersebut.. ;)
Perbandingan Bandar Mukah suatu ketika dahulu dan sekarang
Salah satu tempat rekriasi yang terdapat di Mukah Sarawak
Bangunan Pentadbiran yang dikenali sebagai Menara Pehin Seri..
Gambar Twin Otter yang berada di atas bandar Mukah
"Siet" (ulat sagu) turut dijual semasa "event" diadakan
Pameran senjata Api oleh Polis Di Raja Malaysia..
Gerai yang menjual hasil-hasil kraftangan..
Tikar Kulit rotan juga turut dijual..
Tikar Kayu, Tikar mengkuang dll...
lain-lain cenderamata dari Sarawak turut dijual..
Cenderamata-cenderamata yang beraneka bentuk..
Kalau ada masa kelapangan pada Bulan April atau Mei ini jemputlah datang ke Mukah.. Ada satu "event" menarik yang dikenali sebagai Pesta Kaul akan diadakan di Mukah.. Nak tahu lebih lanjut tentang Pesta Kaul anda boleh cari baca entri yang saya tulis pada tahun lepas.. ;)
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Anda Juga Mungkin Meminati:
Keputusan Pemenang hadiah Mingguan
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
0 Ulasan