Emmm.. Sedapnya Umai Abang Shahdan..

Assalamualaikum wbt.. Dan Salam Sejahtera..

Selamat hari Jumaat diucapkan buat semua rakyat Malaysia dan selamat bercuti diucapkan buat yang bercuti pada hari ini terutamanya yang tinggal di negeri Terengganu, Kelantan, dan Kedah..

Sebelum ini saya pernah menulis entri tentang umai.. Dan pada kali ini saya berminat untuk menulis sekali lagi tentang Umai, selepas menikmati keenakan makanan ini.. Emm.. Sedapnya..;)

Bagi anda yang baru pertama kali mengunjungi blog saya, mungkin belum pernah mendengar apa itu Umai?.. Umai merupakan makanan yang agak popular di kalangan masyarakat Mukah Sarawak. Ianya diperbuat daripada ikan mentah dan "dimasak" dengan hanya menggunakan perahan limau, bawang besar dan Cili besar..

Umai mudah didapati di pasar Mukah atau kedai-kedai makan di sekitar Mukah dan ianya boleh dimakan samada berserta dengan kuah atau memadai dengan hanya campuran perahan limau, bawang besar dan cili besar..

Bagi saya.. saya suka makan umai bergaul dengan kuah kacang yang dihasilkan oleh Abang Shahdan atau biasa saya panggil abang Dan.. Biasanya saya makan Umai dengan kuah tersebut sehingga "banjir".. Saya memohon maaf kepada anda yang berasal dari Sarawak... Seandainya cara saya makan umai ni salah.. hehehe ;)

Umai yang dicampur dengan kuah kacang..

Umai sebelum dicampur dengan kuah..
Berserta sebotol besar Kuah (kacang) Umai yang dibeli ;)

Apa jenis ikan yang digunaan untuk membuat Umai ni?

Banyak jenis ikan boleh digunakan untuk membuat Umai.. Antaranya adalah ikan Puput, ikan Pirang, ikan haruan laut, ikan yu, ikan bawal hitam dan sebagainya.. Tapi ikan yang biasa orang gunakan untuk membuat umai di Mukah ini adalah ikan puput dan ikan Pirang..

Ini kerana kedua jenis ikan ini mudah didapati dalam kuantiti yang banyak dan harganya agak murah berbanding dengan ikan-ikan lain..

Ikan Puput yang telah dipotong untuk dibuat Umai..

Ikan Pirang yang telah dipotong untuk dibuat Umai..

Semasa saya berkunjung ke Rumah Abang Shahdan pada petang semalam, beliau sedang menunggu saya untuk mengambil gambar ikan haruan laut yang akan dipotong untuk dibuat umai..

Menurut beliau, umai yang diperbuat dari ikan haruan laut lebih sedap berbanding umai yang dibuat daripada ikan Puput dan Ikan Pirang.. Terkecur juga air liur saya mendengarnya..

Tapi apakan daya tak dapat nak merasai umai tersebut, disebabkan telahpun ditempah oleh pembeli dari Limbang (Sempadan Brunei).. Jadi dapat tangkap gambar dan tengok "demonstrasi" cara potong ikan tersebut pun kira Oklah.. ;)

Ikan haruan laut yang bersedia untuk dipotong..

Ikan haruan laut yang telah dipotong isinya..

Isi dan kulit ikan Haruan Laut diasingkan..

Ikan Haruan Laut yang dipotong kecil-kecil..

Nampak menarikkan.. Tapi tak dapat nak merasa.. Kesemua umai yang dibuat oleh Abang Dan akan dihantar ke Limbang.. Terdapat pelanggan dari limbang yang telah menempah sebanyak 25 kg umai dari Abang Dan semalam.. Dan umai-umai tersebut akan dihantar dengan menggunakan kapal terbang supaya ia dapat dihantar dalam keadaan yang cepat untuk memastikan Umai tersebut dalam keadaan yang segar semasa di terima oleh pelanggan ..

Umai tersebut dijual dalam lingkungan harga RM10 untuk satu bungkus tupperware.. yang mengandungi kira-kira 500g umai pada setiap bungkusan.. Jadi pandai-pandailah anda kira sendiri berapa anggaran jualan yang diperolehi setelah berserta dengan kos penghantaran sekali yang dianggarkan RM60

Untuk maklumat anda Abang Dan merupaka usahawan keci-kecilan yang berniaga hanya dari rumah.. Beliau menerima tempahan umai dari pelbagai tempat di sekitar Sarawak... Semenanjung?

Setakat ini beliau belum pernah menghantar Umai yang beliau jual ke semenanjung.. Ini disebabkan oleh kekangan pengangkutan dari Mukah ke semenanjung.. Jadi bagi anda yang berasal dari negeri Sarawak, sekiranya meminati Umai Abang Dan anda boleh membuat tempahan kepada beliau.. ;)

Selain daripada Umai, saya juga gemar memakan beberapa masakan lain lagi yang dimasak oleh isteri Abang Dan.. Antaranya ialah Kuih Bom, Sambal Belacan Sarawak, Sayur pucuk paku pakis dan Sambal Ikan Bilis.. Sebenarnya kuih-kuih buatan isteri Abang Dan turut dijual di kantin Politeknik Mukah..Manakala makanan yang dimasak ada dijual di sebuah kedai makan yang dikenali sebagai "Bakso Pak Lembang"
(Saya ada menulis satu entri tentang Bakso Pak Lembang pada Bulan Februari)

 Perkara yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah... rezeki ada di mana-mana.. Suatu ketika dahulu kita bertanggapan, bekerja/mencari rezeki hanya boleh dilakukan di luar rumah.. Tetapi pada hari ini, dengan hanya duduk di rumah pun kita boleh mencari sumber rezeki untuk menyara keluarga kita..

Pendapatan seseorang pada hari ini sudah tidak lagi mengenal taraf pendidikan kita samada tamat setakat sekolah rendah, sekolah menengah, Sijil, Diploma, Ijazah dan sebagainya.. Apa yang penting kita perlu mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran yang dapat membantu kita menjana pendapatan samada secara sambilan atau secara sepenuh masa..;)

Selain Abang Dan sebenarnya ramai lagi usahawan kecil-kecilan yang mencari sumber pendapatan dengan bekerja dari rumah.. Dan kebanyakan daripada mereka sudi berkongsi maklumat dengan orang ramai.. supaya lebih banyak lagi usahawan Melayu sama-sama berjaya seperti mereka.. Banner yang terdapat di bawah antara rakan-rakan usahawan yang sudi berkongsi ilmu keusahawanan mereka kepada kita semua.. Sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut anda boleh klik pada banner tersebut:-




Sememangnya saya akui pendapatan yang diperolehi oleh usahawan tidak sama dengan pendapatan makan gaji.. Pendapatan sebagai usahawan ni ada masanya banyak dan adakalanya satu sen pun tak dapat.. Jadi perkara yang perlu ada pada seorang usahawan ialah tahap kesabaran yang tinggi disamping tidak mengenal erti putus asa.. Kalau anda lihat ramai usahawan Melayu pada hari ini melakukan bisnes sebulan dua.. Selepas tu gulung tikar.. Kata orang kampung, hangat-hangat tahi ayam..

Saya harap anda bukan tergolong dalam golongan ini.. Sebaliknya perkayakanlah diri anda dengan membaca.. Dengan pembacaan, boleh membantu diri anda untuk mengecapi lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang..

Sekiranya anda meminati bidang keusahawanan melalui masakan, saya syorkan anda membaca sebuah buku karangan Chef Li yang berjudul Menjejaki Jutawan Senyap.. Dalam buku tersebut ada menceritakan tentang kisah beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja daripada seorang Pegawai Bank semata-mata untuk berniaga makanan di Pasar Malam.. Daripada mempunyai pendapatan tetap sebagai pegawai Bank, sanggup mengambil risiko untuk menjadi peniaga pasar malam yang belum tahu lagi risiko untung ruginya pendapatan beliau nanti..

Selain kisah beliau terdapat banyak lagi kisah-kisah lain dalam buku tersebut yang dapat memberikan motivasi kepada anda yang berminat untuk menjadi seorang usahawan.. (Saya juga pernah menulis sedikit sebanyak tentang buku ini pada entri terdahulu blog saya).. ;)

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang boleh anda contohi untuk menjadi seorang yang berjaya ada dikongsikan dalam entri terdahulu blog saya.. Kalau anda rajin nak tahu, bolehlah anda semak balik entri lama-lama yang saya tulis.. Tapi itu semua kisah kejayaan orang-orang terdahulu.. Bagaimana pula dengan kisah kejayaan orang-orang terkini.. ;)

Saya ada satu contoh kisah kejayaan seseorang yang terkini..Dan diharapkan kisah kejayaan beliau dapat memotivasikan anda supaya tidak berputus asa dalam apa jua bidang yang sedang anda usahakan.. Orang yang saya maksudkan adalah tak lain dan tak bukan raja lawak terbaru kita iaitu saudara Man..

Man atau nama penuhnya Abdul Rahman Bin Kasim ditabalkan sebagai Raja Lawak untuk musim ke 5 setelah 4 kali berturut-turut menghadiri uji bakat untuk memasuki pertandingan Raja Lawak.. Tetapi malangnya beliau gagal memasuki pertandingan tersebut pada 3 uji bakat sebelumnya..

Cuba anda berada di pihak Man.. Adakah anda akan menghadiri uji bakat untuk kali keempat setelah gagal pada 3 uji bakat sebelumnya?

Jawapan saya mudah sahaja.. Sekiranya anda mempunyai motivasi yang tinggi seperti Man, saya rasa anda tentu tidak akan berputus asa untuk mengikuti uji bakat seterusnya.. Biarpun anda terpaksa mencubanya berkali-kali.. Tapi sekiranya anda mempunyai motivasi yang rendah dan tidak percaya dengan diri sendiri.. Saya yakin anda tidak akan menghadiri uji bakat untuk kali ke dua atau kali ke 3..

Dan berkat daripada kesungguhan dalam usaha yang ditunjukkan oleh Man, telah melayakkan meliau memenangi Trofi Raja Lawak musim ke 5 dan sekaligus memenangi hadiah RM100,000 berserta hadiah-hadiah yang lain.. Syabas diucapkan kepada Man... Dan kejayaan Man boleh menyuntik satu semangat motivasi kepada orang lain untuk turut sama berjaya seperti beliau.. ;)

Sebenarnya banyak kisah orang-orang yang berjaya setelah puas menempuhi kegagalan demi kegagalaan pada permulaannya.. Antara kisah-kisah mereka yang masih segar dalam memori saya adalah kejayaan junjungan besar kita Rasulullah S.A.W dalam usaha beliau menyebarkan agama Islam.. Pelbagai rintangan, halangan dan tentangan yang beliau tempuhi sepanjang usaha beliau menyebarkan agama Islam..

Sebuah lagi kisah kejayaan yang dapat memotivasikan kita adalah kejayaan seorang saintis yang bernama Thomas Edilson.. Thomas Edilson boleh dianggap sebagai bapa kegagalan setelah berjaya mencipta mentol dalam percubaannya buat kali yang ke 2000... Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kepada usaha beliau sekiranya beliau berhenti daripada terus mencuba setelah kegagalan beliau buat kali yang ke 1900?.. Mungkin kita tidak dapat merasai nikmatnya cahaya mentol pada waktu malam seperti hari ini.. ;)

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Semoga ada perkara baik yang dapat anda jadikan panduan dalam entri yang dapat saya tulis pada kali ini.. Kalau yang tidak baik diharap anda boleh abaikan.. ;)

Sekian, terima kasih.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18 SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Tiefazatie pemenang Hat Trick Contest di Blog Sembang Hari2
Seperti Baru Semalam Tiba DI Mukah.. Rupa-rupanya..
Peluang Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia..
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul

Catat Ulasan

0 Ulasan