Tak sempat nak tengok perarakan.. Jadi..

Hari ini saya bercadang untuk membawa isteri dan anak-anak untuk menyaksikan perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Mukah..


Tapi apakan daya, anak-anak saya bangun pada pukul 10.30 pagi..Jadi setelah selesai mandi dan bersiap-siap jam menunjukkan pukul 11.00 pagi..


Dah sah.. Tak dapat nak tengok perarakan.. Namun begitu hajat untuk keluar ke Pekan Mukah tetap di teruskan.. Maka kami pun jalan-jalan sambil tangkap gambar..


Boleh cuba-cuba guna kamera baru ni.. Sambil rehatkan minda bersama anak-anak..


Udang-udang galah yang dijual di Pasar Mukah..




Payak (Udang biasa) yang turut dijual.. 


Siet (Ulat sagu) yang masih hidup dijual secara peket..
Siet yang dijadikan Key Chain untuk dijual sebagai cenderamata
Umai.. Ikan yang dimakan mentah-mentah.. dimasak dengan perahan limau..



Ikan Pirang untuk dibuat Umai..


Ikan Popot yang segar untuk dibuat Umai..


Umai yang telah siap sedia untuk dijual..




Masjid Setia Raja


Pemandangan di Mukah..


Hotel Raja kayu..


Masjid Setia Raja dari satu sudut yang lain..






Gelagat Adam dan Haikal di KFC..


Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah kerana di beri kesempatan untuk saya turut bersama bersembahyang secara berjemaah pada waktu Maghrib dan Isyak di Pusat Islam sambil mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Zaidi  tentang riwayat hidup nabi Muhammad S.A.W.



Catat Ulasan

0 Ulasan