Perjalanan ke Sibu-Kuching-Sibu-Mukah (Episod 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ni seperti biasa, sedang 2 orang hero saya enak dibuai mimpi.. Ambil kesempatan ini untuk online sekejap.. Nak jadi seorang blogger kena bijak curi-curi masa hehehe.. Bila hero-hero saya dah bangun nanti tak dapat nak buat kerja-kerja online ni... ;)


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pembaca blog Sembang Hari2.. Dan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina yang menyambut perayaan tersebut pada hari ini..


Saya tiba di Kucing semalam pada pukul 5.45 petang.. setelah memandu selama 5 jam 45 minit dari Sibu (Bertolak dari Sibu pukul 12 tenghari).. Setibanya di Kuching lepas Chek In di Habour View, berehat-rehat sekejap sambil menyiapkan diri dan anak-anak..


Seterusnya kami pun memulakan langkah pertama bersiar-siar di sekitar water Front, Kuching sambil jalan-jalan cari makan..


Malam tadi tersangatlah tidak seronok untuk ke Shoping-shoping Complex.. Sebabnya masyarakat Cina ramai yang dah tutup kedai.. Memang terasa sunyi, bila banyak kedai-kedai tutup ni..


Apa nak buat, sebabnya kebanyakan ekonomi negara kita dimonopoli oleh kaum Cina.. Malam tadi pula merupakan malam sambutan Tahun Baru Cina.. Pastinya masyarakat Cina ingin berkumpul bersama sanak saudara mereka..


Perkara ini menyebabkan saya teringat masa belajar sejarah dahulu. Masa tu penjajah (pihak Inggeris) telah membahagikan penempatan rakyat Malaysia mengikut sektor ekonomi masing-masing. Ini merupakan strategi pemerintahan mereka dengan harapan supaya rakyat Malaysia tidak bersatu padu.


Kaum Melayu di letakkan di Kampung-kampung, kaum India di estet dan ladang-ladang, manakala kaum Cina diletakkan di kawasan bandar sebagai golongan peniaga..


Kesannya masih berlarutan sehingga ke hari ini.. Walaupun negara kita sudah merdeka, dan setiap rakyat berhak untuk hidup berdasarkan corak penghidupan masing-masing... Tetapi masyarakat Cina tetap masih memonopoli peluang-peluang perniagaan yang terdapat di bandar-bandar..


Saranan saya kepada pembaca blog ini yang sedang tercari-cari peluang pekerjaan, mungkin anda boleh memilih perniagaan sebagai salah satu peluang perniagaan anda. Hapuskan sentimen-sentimen negatif yang biasa kita dengar seperti:


"Anak orang sebelah tu, harap belajar sahaja tinggi-tinggi lepas tu jadi peniaga. Tak Ada kelas langsung"


"Kalau tahu nak jadi peniaga lebih baik tak payah masuk Universiti dulu"


"Si Polan tu, buat perabis duit mak bapak jer masuk Universiti.. Lepas tu mengada-ngada berniaga.. Cubalah cari pekerjaan yang bagus sikit"


"Bakal menantu aku tu ada kelulusan.. Tapi bernaiaga.. Cubalah cari pekerjaan yang elok sedikit yang boleh menjamin masa depat anak aku"


dan macam-macam sentimen-sentimen negatif lain lagi yang biasa kita dengar yang mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa graduan dari kalangan kaum Melayu tidak seramai kaum Cina yang menceburi bidang perniagaan.. Di samping beberafa faktor lain sepeti tidak mempunyai ilmu dalam selok-belok bidang perniagaan dan juga kekurangan informasi untuk mendapatkan modal perniagaan..


Berdasarkan buku-buku motivasi tentang perniagaan yang pernah saya baca, jika kita nak berjaya dalam sesuatu bidang kita perlu berani menempuh kegagalan.. Kegagalan merupakan guru kepada kita untuk lebih berjaya pada masa hadapan.. Kalau anda hendak mengenali guru-guru kegagalan dan kejayaan, mungkin anda boleh membaca kisah beberapa orang tokoh seperti Thomas Edilson, Biili Lim, Tan Sri Syed Mokhtar, Kol. Harland Sanders, Dato' Chef Li, usahawan-usahawan MLM dan sebagainya..


Maaf yer sebab bagi "ceramah motivasi" pada hari ini.. Sebenarnya saya terpanggil untuk mengajak orang ramai bersama-sama menyahut seruan kerjaan untuk manjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan setiap rakyatnya mampu menjana pendapatan tinggi.. ;)


Berbalik pula kepada kisah saya... ;)


Jadi dengan persaaan hampa dan keletihan, anak sulung saya mengajak saya pulang ke "Rumah Hotel".. Lalu kami pun turuti kehendak beliau setelah pekena KFC sebagai alas perut pada malam tadi..


Sampai dekat hotel dan sedang bersiap-siap untuk "kuak lentang" @ tidur, terdengar bunyi dentuman bunga api di sana-sini.. Kami Ingatkan dapatlah tengok bunga api tersebut dari tingkat 12 tempat penginapan kami.. Rupa-rupanya tak dapat nak tengok.. Rasa nak turun balik pun ada untuk menghayati bunga api di Malam Tahun Baru Cina di Kuching.. Tapi bila mengenangkan anak-anak yang masih kecik dan disokong pula oleh perasaan malas, jadi kami membatalkan hasrat tersebut..


Jadi sepanjang malam tadi kami hanya mendengar dentuman bunga api bertalu-talu dari tingkat 12 bilik kami.. hehehe..

Catat Ulasan

0 Ulasan