Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya rasa isu ini telah lama disebut-sebut oleh seluruh rakyat Malaysia, iaitu tentang isu kenaikan harga minyak pada setiap tahun.. Sebenarnya dah lama nak tulis tentang perkara ini, tapi disebabkan kesibukan dalam menjalani aktiviti seharian sampai dah terlupa langsung untuk mencoretkan isu kenaikan harga minyak ini di blog Coretan Anuar
Hari ini kebetulan sedang anak-anak tidur, dan dalam masa yang sama baru balik dari mengisi minyak kereta, jadi terdetik semula di hati untuk menulis tentang isu ini..
Teringat masa zaman saya belajar dahulu.. Pergi balik dari kuliah ke rumah sewa menunggang motorsikal 2 lejang.. Masa tu setiap kali isi minyak, saya akan pilih pam warna hijau (saya kira Ron 97).. Masa tu saya tak tahu pun ada Ron 95 dan Ron 97.. Yang saya tahu ada 3 pilihan minyak, dan kita tinggal pilih samada nak beli minyak dari pam berwarna Kuning/Merah, Hijau atau Biru..( Regular, Super dan V Power)
Minyak dari pam Hijau menjadi pilihan utama suatu ketika dahulu
Sumber : Dari cariaan gambar di Google.com.my
Masa tu kalau pilih pam warna hijau, dengan mengeluarkan wang poket sebanyak RM5.00 sudah memadai untuk memenuhkan tangki minyak motor saya.. Tapi pada masa sekarang ini, dengan mengisi minyak motor dari pam berwarna hijau sebanyak RM5.00, saya hanya berjaya memenuhkan 1/4 tangki minyak motor..Huh.. Zaman telah jauh berbeza..
Adakah ini terjadi disebabkan oleh kesan inflasi, atau kesan kejatuhan matawang Dollar US, atau lain-lain kesan ekonomi yang melanda dunia dan negara kita pada hari ini? Namun apa yang pasti, kenaikan harga minyak akan turut menyebabkan kenaikan pelbagai harga barang...
Sebenarnya semua lapisan masyarakat turut merasai kesan kenaikan harga minyak ini, terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah.. Emm.. Mungkin golongan yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.. Walaubagaimnapaun ianya bergantung kepada strategi kita menguruskan penggunaan minyak petrol.. betul tak??
Graf harga minyak dari Tahun 2004 sehingga 2011
Sumber : Laman Web Malaysia Kini..
Pada tahun 2004, masa saya masih belajar lagi, harga minyak Ron 97 adalah RM1.42 seliter.. Pada tahun 2011 harga minyak Ron 97 dah jadi RM2.40 seliter.. Disebabkan ini, saya tidak mampu untuk menggunakan minyak Ron 97 pada hari ini.. Lari Budjet..
Walaupun saya ada terbaca di internet, kereta yang mempunyai 1500 cc keatas disyorkan menggunakan Ron 97 untuk mendapat lebih kuasa.. Ada orang kata kereta yang mempunyai 1500 cc ke atas sekiranya menggunakan Ron 95, kereta akan jadi kurang "pick up"..
Ron 95 : RM1.90 seliter..
Tapi apakan daya harga minyak tersebut terlalu mahal, jadi terpaksalah guna Ron 95 (Pam Warna Kuning).. Setakat ini alhamdulillah, kereta 1600 cc yang saya pandu setiap hari tidak mempunyai sebarang masalah walaupun tidak menggunakan minyak Ron 97.. Fuh.. Nasib baik..
Siapakah yang kita harus persalahkan dengan kenaikan harga minyak ini?
Secara peribadi.. Sebelum kita menyalahkan sesetengah pihak, lebih baik kita kaji habis-habisan kenapa harga minyak tersebut sentiasa naik dari masa ke semasa.. Kita sebagai pengguna juga perlu bijak dalam menangani isu kenaikan barang termasuk kenaikan harga minyak ini.. Betul tak?
Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk mengatasi masalah ini?
Antara perkara yang kita boleh lakukan adalah dengan:
- Bebelanja secara berkhemah
- rancang perjalanan harian
- Cuba mencari pendapatan sampingan
- Mula membuat pelaburan untuk menampung kos sara hidup di masa akan datang..
- dan lain-lain..
Untuk menjawab soalan tersebut, saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang ini.. Tetapi sahabat internet saya ada menghasilkan ebook tentang perkara tersebut.. Beliau membenarkan saya untuk mengedarkan ebook beliau secara percuma melalui blog ini..
Untuk mendapatkan ebook tersebut, anda boleh memuat turun secara percuma dengan klik pada gambar hadiah di bawah:-
0 Ulasan