Litar Lumba baru Di buka Di F1C-3.4


Assalamulaikum dan Slam Sejahtera..


Di sini ada pengumuman penting..


Sebuah Litar Lumba baru telah dibuka di Mukah..
Tempatnya di F1C-3.4, Kuartes Politeknik Mukah.. Alamak ini rumah saya..


Litar Luma Di F1 C-3.4


"Litar Lumba" ini dibuka secara tertutup untuk anak-anak saya sahaja... hehehe..


Maaf bergurau jer..
Sebenarnya entri kali ini untuk menceritakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang 2 orang hero saya lakukan di rumah..


Aktiviti utama mereka sudah pastinya bermain bola sepak..


Antara koleksi bola yang dimiliki oleh Haikal dan Adam


Sememangnya mencabar dan sangat menyeronokkan membesarkan 2 orang anak lelaki.. Bila nak bermain cari ayah.. Bila nak tidur cari emak.. Tapi anak sulung saya banyak bersama saya semasa berjaga dan sewaktu hendak tidur.. ;)


Haikal (anak sulung saya) cukup meminati bole sepak sejak kecil lagi.. Masa beliau kecil, saya boleh buka "Channel" bola sepak di ASTRO.. Sebab beliau juga turut berminat nak tengok..
Sekiranya anda berminat untuk menonton video haikal bermain bola semasa beliau masih belum pandai berjalan, anda boleh klik pada pautan di bawah..
Baby Main Bola


Itu semua cerita dahulu.. Sekarang ni walaupun haikal masih meminati bola sepak, tapi beliau dah tak suka untuk menonton permainan bola sepak.. Setiap kali buka TV, beliau asyik nak tengok kartun dan Ultraman.. Naik pening kami dibuatnya hari-hari menonton cerita kegemaran kanak-kanak ;)


Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan ampun maaf dekat jiran bawah aras rumah saya yang baik hati.. iaitu Pasangan Hilmi dan Fauziah bersama anak mereka Isya, yang mungkin terganggu dengan bunyi-bunyian disebabkan "keaktifan" anak-anak saya di rumah.. Minta maaf sangat2 yer..
Semoga anda juga turut bergembira bersama insan-insan yang anda sayangi.. ;)


Doa Mempertahankan Diri, Keluarga Dan Harta
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Dengan nama Allah aku mempertahankan diri dan agamaku, hartaku dan anakku.
Dengan nama Allah aku mempertahankan semua apa yang telah diberikan tuhan kepadaku.
Ya Allah Tuhanku yang tidak ada sekutukan dengan suatu apa sahaja.
Allah maha besar, maha mulia dan lebih berkuasa dari sesuatu yang aku takuti



Catat Ulasan

0 Ulasan