Apa persamaan antara kedai makan dan Blog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini Adik kepada pengasuh anak saya ada membuka sebuah kedai makan di Medan Selera Mukah..

Kunjungi Kedai makan Bakso Pak Lembang

Nama kedai makan tersebut adalah Bakso Pak Lembang.. Tapi jangan terkejut pula jika pergi ke kedai ini dan mendapati tiada Bakso yang dijual di sini.. Ini kerana pengusaha kedai makan ini menyewa kedai tersebut dengan lesennya sekali.. Disebabkan kedai tersebut didaftarkan dibawah nama Bakso Pak Lembang, jadi nama asal kedai tersebut dikekalkan..

Nasi Goreng Ayam Sambal Ikan Bilis

Menu yang saya suka di kedai makan ini adalah Nasi Goreng Ayam Sambal ikan Bilis dan basi lemak.. Dalam banyak-banyak kedai yang menjual nasi lemak dan nasi goreng ayam yang terdapat di Mukah, kedai ini adalah antara kedai yang sedap masakannya.. Kepada rakan-rakan yang berada di Mukah,nanti boleh promosi kedai ini dengan kawan2 yer.. Ingat yer.. Kunjungi Medan Selera Mukah, cari kedai nombor 23..hehehe tolong promosi percuma..

Berbalik kepada tajuk utama Post ini iaitu apa persamaan antara kedai makan dan blog?

Jawapannya sudah tentulah sajian yang dihidangkan kepada pengunjung..

Persamaan antara makanan yang sedap (Kedai makan) dan entri yang menarik dan berkualiti (blog)

Bagi kedai makan yang dapat menyajikan makanan yang sedap, kedai ini akan mempunyai ramai pengunjung tetap.. Daripada buah mulut pengunjung tetap yang menceritakan keenakan makanan sesebuah kedai makan, akan dapat menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke kedai makan tersebut..

Begitu juga halnya dengan blog.. Sebuah blog yang mempunyai entri yang menarik dan bermanfaat akan dikunjungi oleh pembaca-pembaca tetap.. Dan melalui pembaca-pembaca tetap tersebut akan menarik lebih ramai pembaca baru untuk mengunjungi blog kita..

Persamaan antara pelbagai menu yang disediakan (kedai makan) dan kerap menulis entri (blog)

Bagi sesetengah pelanggan kedai makan, mereka suka pergi ke kedai yang mempunyai pelbagai menu.. Ini kerana pengunjung mempunyai banyak pilihan.. Ialah kata orang tekak lain-lain..

Walaupun pengunjung datang dari satu keluarga dengan jenis darah yang sama dan rambut juga sama hitam, tetapi selera makanan bagi setiap individu adalah berbeza.. Jadi sebuah kedai makan perlu mempelbagaikan menu untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke kedai mereka..

Begitu juga halnya dengan blog.. Bagi blog yang dapat menyajikan entri yang pelbagai dan kerap di update juga akan mudah menarik pengunjung untuk datang ke blog kita..  Ini kerana pengunjung blog kita sudah pastinya datang dari pelbagai latar belakang dari segi peringkat umur, jantina, minat, dan sebagainya.. Sudah tentu mereka mempunyai minat tersendiri dalam pelbagai skop bahan bacaan mereka..

Contoh blog terbaik yang saya jumpa adalah Blog Ben Ashaari..Pertama kali saya mengunjungi beliau, saya rasa hairan kenapa blog beliau begitu ramai pengunjung.. Sedangkan beliau bukanlah seorang selebriri ataupun orang-orang yang terkenal..

Rahsia kejayaan blog Ben Ashaari adalah disebabkan beliau rajin menulis entri di blog beliau.. Dalam sehari biasanya lebih daripada 5 entri beliau hasilkan.. Walaupun entri-entri yang beliau hasilkan ringkas, tetapi ianya mampu menarik ramai pengunjung datang ke blog beliau dan mengikuti perkembangan blog beliau..

Jadi sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi blogger yang berjaya, anda boleh jadikan blog ben Ashaari sebagai rujukan..

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini.. Mana yang baik, boleh diamalkan.. Mana yang tak baik tolong buat tak tahu jer.. ;)

Sebenarnya kunci utama kejayaan seseorang adalah rajin dan tidak mengenal erti putus asa dalam setiap bidang yang diceburi..

P/s: Saya ni kadang rajin dan kadang malas untuk update blog.. jadi saya belum layak untuk dicontohi sebagai seorang blogger yang berjaya..

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul

Catat Ulasan

1 Ulasan