Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita pada minggu ini sempena bulan Syawal ini.. Pada entri terbaru sebelum ini saya ada menulis sedikit maklumat tentang Malam 1 Budaya dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di Politeknik Mukah Sarawak..
Bila sebut pasal Malam 1 Budaya teringat saya dekat Umai yang dihidangkan pada malam tersebut. Umai tersebut sedap, tetapi pedas menyebabkan saya tak dapat nak makan dalam keadaan yang selesa..
Kebetulan pula abang ipar kepada pengasuh anak saya juga mengambil tempahan umai.. Sebenarnya saya dah tempah 2-3 hari.. Tetapi memandangkan bekalan ikan untuk buat umai agak sukar didapati di pasar Mukah sejak kebelakang ini, jadi beliau tidak dapat menyediakan Umai yang ditempah oleh ramai pembeli..
Nak dijadikan cerita, hari ini ada rezeki saya.. Kebetulan Abang Ipar pengasuh anak saya (Abang Shahdan) dapat membeli beberapa kilo ikan yang digunakan untuk membuat Umai.. Masa saya datang petang tadi kebetulan beliau telah menyiapkan hampir 10 kilogram umai untuk dihantar kepada pelanggan..
Menurut Abang Shahdan, hari ini seperti kebiasaannya banyak tempahan Umai yang beliau terima. Tempahan istimewa dari pengurus Maybank yang menghendaki Umai dihasilkan daripada ikan Haruan Laut. Mujur pula Abang Shahdan dapat mencari ikan tersebut di pasar Mukah. Sebenarnya ada beberapa jenis ikan yang digunakan untuk membuat Umai. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan Pirang. Sebenarnya saya sendiri agak kurang arif tentang nama-nama ikan, terutamnya untuk membezakan nama ikan apabila berada di Sarawak dan nama bagi ikan yang sama apabila berada di semenanjung.. hehehe..
Jadi pada hari ini saya sempat melihat secara live, proses membuat Umai di dapur rumah Abang Shahdan..
Cuba Teka Ikan Apa Ni? Inilah Ikan yang biasa digunakan Untuk Membuat Umai..
Steady jer orang berpengalaman potong ikan..
Inilah dia Umai Yang dah siap.. Berserta kuah sekali..
Umai yang Abang Shahdan ini buat memang sedap.. Dia punya kuah paling best sekali.. Patutlah orang dari Kuching, Bintulu, Sibu, Miri yang datang ke Mukah atas urusan kerja turut menepah Umai dekat beliau.. Sampai ada ketikanya Umai yang ditempah terpaksa dikirim di merata-rata destinasi di Sarawak melalui bas..
Kalau anda nak merasa kuah umai yang dibuat oleh Abang Shahdan, anda boleh membuat tempahan.. Satu botol mineral kecil biasanya dijual pada harga RM5 sebotol.. Kuah umai yang beliau buat memang sedap.. Sebab itu beliau boleh survive dengan hanya bekerja dari Rumah..
0 Ulasan