Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..
Hampir 1 minggu kita tidak bertemu diharapkan semua pembaca dapat beristirehat sambil membaca blog ini.. ;)
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Untuk makluman pembaca semua, ini merupakan kali pertama saya pergi ke negeri Kelantan. Dengan erti kata lain, Kelantan merupakan negeri terakhir daripada 14 negeri dalam Malaysia yang saya kunjungi.
Saya bertolak dari Mukah ke Kelantan pada 13 Julai 2010 jam 4.00 pagi dengan menggunakan Hilux Politeknik (Pacuan 4 Roda).. Untuk kali ini tak dapat naik kapal terbang dari Mukah ke Kuching disebabkan lewat menempah tiket kapal terbang.. Hehehe padan muka saya.. Dalam masa yang sama Air Asia sedang upgrade sistem. Jadi, pihak kewangan politeknik tidak dapat membelikan tiket Air Asia untuk saya seperti kebiasaannya..
Jeng..jeng..jeng.. Syukur Alhamdulillah, penerbangan saya ke Kelantan pada kali ini dapat naik MAS.. Hampir setahun, tak dapat naik Kapal Terbang MAS semasa pergi Mesyuarat melainkan naik Twin Otter.. Tapi pada kali ini, rezeki saya dapat pergi Kelantan, dapat pula naik MAS.. Alhamdulillah.. Tapi balik tak dapat naik Mas hehehe..
Tiket penerbangan saya dari Sibu Ke KLIA pada pukul 12.15PM dan mendarat di KLIA pada pukul 2.15pm. Persiapan menghadiri mesyuarat lembaga pada kali ini, paling kelam kabut disebabkan kami baru sahaja selesai mengadakan Majlis Konvokesyen ke 3 PMU pada 8 Julai 2010.. Penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.25 PM. Jadi sementara menunggu masa penerbangan tersebut, sempat saya ronda-ronda di KLIA..
Saya menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kota Bharu pada pukul 6.55pm (delay lah).. Nasib baik delay tak lama.. Kebetulan pula jumpa dengan Anuar Wahab dari Politeknik Sandakan (Nuar juga hehehe).. Dapatlah kami bersembang sementara menunggu masa untuk berlepas ke Kota Bharu.. Berita menariknya, ini juga pengalaman pertama Anuar Wahab menjejakkan kaki Ke Kota Bharu...
Sampai di Kota Bharu hampir pukul 8.00 malam (Waktu sebenar tidak diketahui sebab terlupa tengok jam hehehe).. Kebetulan nasib saya baik pada ketika itu ayah kepada abang Din (Sarifuddin Semail yang bertugas di Politeknik Sandakan) mengambil saya dan Anuar Wahab untuk di bawa ke hotel di tempat kami menginap..
Tamat Hari Pertama..
Memulakan Hari Kedua..
Hari kedua tidak ada cerita menarik untuk diceritakan.. Seperti biasa kami adakan mesyuarat, buat semakan dokumen, membuka, membaiki dan binding balik dokumen.. Itu memang kerja rutin saya semasa menghadiri mesyuarat lembaga.. hehehe.. Tapi untuk kali ini, saya terlepas itu semua..Fuh.. Selamat.. Tapi kena buat analisis untuk 6 kursus terpilih sahaja..
Memulakan Hari Ketiga..
Pada pagi hari Ketiga iaitu pada 15 Julai 2010, kami bertolak ke Renaissance Hotel, Kota Bharu.. Ini merupakan acara kemuncak mesyuarat ini, di mana semua laporan lembaga akan disahkan termasuk kes rayuan pelajar semester akhir..
0 Ulasan