Hampir seminggu rasanya saya tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini atas kesibukan urusan kerja.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan kerja-kerja tersebut dan akan saya bawa semua hasil kerja saya dan rakan-rakan ke mesyuarat yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Februari 2010 di Shah Alam..
Hasil kerja saya dan rakan-rakan untuk di bawa ke mesyuarat
Mesyuarat yang pertama kali saya hadiri bersama Tn Hj. Mordin Bin Mohammad. Seterusnya bersama Tn. Hj. Abdubrani Bin Yunos, Tn. Hj. Wan Muhammad Nasir Bin Wan Mos dan pada kali ini dengan Puan Kalsom Binti Sailan..
Bagi saya tidak menjadi masalah walau dengan siapa pun yang pergi bersama saya ke mesyuarat tersebut. Yang penting kerja saya berjalan lancar.. Bak kata Wonder Pet: "Apa yang penting? Kerja sama"..
Perjalanan Bermula
Alhamdulillah pada pagi ini bermulalah perjalanan saya dari Mukah-Dalat-Sibu-Kuala Lumpur-Ipoh-Shah Alam dan seterusnya Shah Alam-Ipoh-Kuala Lumpur-Sibu-Dalat-Mukah..
Saya bersama isteri dan dua orang anak bertolak dari Politeknik Mukah Sarawak pada pukul 6.10 minit pagi dengan menaiki kereta kesayangan yang serba hitam.. Sampai di Dalat pada pukul 6.45 minit pagi (Terlepas bot pukul 6.30 pagi). Itu semua saya punya pasal hehehe..
Nasib baik ada bot pukul 7.00 dan 7.30 pagi.. Pada mulanya kami nak menaiki bot pukul 7.00 pagi. Tapi memandangkan bot tersebut terlalu penuh, jadi kami telah bersetuju untuk menaiki bot pukul 7.30 pagi..
Alhamdulillah cuaca hari ini dalam keadaan baik.. Kami berjaya sampai ke Bandar Sibu pada jam 9.20 minit pagi.. Lama tak naik bot, rasa seronok pula dapat naik bot pada kali ini.. Walaupun rasa kelam kabut semasa dalam bot disebabkan melayan kerenah 2 orang anak kami yang seorang berumur 2 tahun 3 bulan dan seorang lagi berumur sebulan.. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap di sepanjang perjalanan meniki bot.
Antara penumpang yang turut menaiki bot
Bye-Bye Dalat: Jumpa 2 minggu lagi
Akhirnya kami sampai ke bandar Sibu.. Pengalaman pertama menaiki bot bersama 2 orang anak.. Saya jaga yang sulung isteri saya jaga yang nombor 2.. Kalau ada tiga?? Harap-harap masa tu kami sekeluarga telah pun berpindah ke semenanjung ;) hehehe..
Peringkat pertama telah pun tamat.. Perjalanan masih jauh lagi untuk diteruskan.. Kami akan menaiki pesawat Air Asia pada malam ini untuk ke Kuala Lumpur dan seterusnya menaiki kereta untuk ke Ipoh..
Jadi izinkan saya beristirehat sebentar.. Dan saya akan menulis lagi tentang perjalanan ke Mesyuarat Lembaga pada kali ini dalam masa yang terdekat.. Semoga berjumpa lagi..
0 Ulasan