Perkongsian saya kepada anda semua pada kali ini adalah berkaitan dengan salah satu impian saya sepanjang menjejakkan kaki ke bumi Mukah ini, iaitu ronda-ronda Sarawak. Seperti yang pernah saya ceritakan pada post sebelum ini, Mukah merupakan satu tempat yang lokasinya terletak di tengah-tengah negeri Sarawak.
Peta negeri Sarawak
Jalan utama: Dari Simpang Selangau ke Simpang Balingian
Pengguna jalan ini terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motor, bas, lori, motorsikal yang sememangnya lumrah sebagai pengguna di setiap jalan raya. Tetapi jalan ini juga turut digunakan oleh lori arang batu, trailer dan lori kayu balak yang ada kalanya membawa lebihan muatan.
Ini menjadi antara faktor-faktor yang menyebabkan jalan ini sentiasa rosak disamping keadaan muka bumi dan pembinaan jalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan (berdasarkan maklumat orang-orang yang tahu berkenaan struktur pembinaan jalan raya)
Jalan ini merupakan satu-satunya laluan darat buat masa ini yang menghubungkan Mukah ke bandar-bandar besar seperti Sibu, Bintulu, Sarikei, Miri, Kuching dan lain-lain tempat di Sarawak. Setakat ini saya telah sampai ke Sibu, Bintulu, Sarikei dan Kuching melalui jalan darat. Walaupun ianya agak memenatkan, tetapi kita akan merasai suatu kepuasan bila dapat sampai ke bandar-bandar besar ini melalui jalan darat berbanding pengangkutan alternatif lain seperti bot dan kapal terbang.
Walau bagaimana teruk pun jalan diantara simpang Selangau dan Balingian ini, saya masih lagi nekad untuk mencapai salah satu misi saya berada di bumi Borneo ini iaitu memandu kereta dari Mukah ke Kota Kinabalu. Perjalanan tersebut akan mengambil masa kira-kira 13 jam (anggaran). Ianya akan melalui beberapa bandar besar seperti Mukah-Bintulu (3-4jam), Bintulu-Miri(2 jam), Miri-Brunei (3 jam), Brunei-Kota Kinabalu (4-6 jam).
Walaupun anggaran masa perjalanan yang lebih kurang 13 jam, tetapi anda pasti akan mengambil masa 2 hari perjalan dari Mukah ke Kota Kinabalu seperti yang dilakukan oleh rakan saya baru-baru ini. Sebabnya, tentulah anda nak berjalan-jalan di Bintulu, Miri, Brunei (sudah pasti)..hehehe.. Perancangan saya sebelum berpindah ke semenanjung ialah membawa kereta dan keluarga saya untuk menjejakkan kaki di negara Brunei dan Kota Kinabalu. ;)
Setakat ini perjalanan paling jauh dengan menaiki kereta yang pernah saya lakukan adalah dari Mukah ke Kuching yang dilaksanakan pada bulan Disember 2008.. Pada bulan Disember 2009?
Pada bulan Disember 2009 saya menyambut kelahiran anak ke 2 ;). Insya Allah perjalanan dari Mukah ke Kota Kinabalu akan kami lakukan pada Disember 2010.
Berbalik kepada perjalanan dari Mukah ke Kuching. Perjalanan tersebut sepatutnya mengambil masa kira-kira 10 jam.. Tetapi kami mengambil masa satu hari setengah perjalanan untuk sampai ke destinasi dengan mengambil kira masa yang digunakan untuk berjalan-jalan di Bandar Sibu dan Sarikei hehehe.. ;)
Anda boleh layari laman web MAS (klik di sini) atau laman web Air Asia (klik disini) untuk menyemak harga-harga tiket semasa. Ada kalanya MAS dan AirAsia ada membuat offer sehingga RM10.00 untuk satu penebangan (Harga tidak termasuk tax dan lain-lain service).. Jadi sekiranya ada rezeki, mungkin anda dapat sampai ke mana-mana tempat di Borneo dengan tambang pergi balik termasuk tax sekitar RM200.00. (kira murah tu)
Sekiranya anda berminat untuk datang ke Mukah, saya sarankan anda datang pada hujung bulan April. Pada masa tersebut masyarakat Mukah menyambut satu pesta yang dipanggil Pesta Kaul. Ingin mengetahui apa itu Pesta Kaul? Tunggu pada Post yang akan datang.
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi pada masa akan datang..
0 Ulasan