Salam satu Malaysia..
Lagi Promosi percuma tentang Mukah..
Kalau ada sesiapa yang berhajat nak membeli Lobster dengan harga yang setimpal, rasanya sesuai datang ke Mukah. Dekat sini Lobster (belum masak) boleh didapati dengan harga lebih kurang seekor RM10. Biasanya dijual kira longgok atau kilo. Biasanya kalau selonggok tu ada 3 ekor dijual RM30, kira seekor sepuluh ringgit kan. saya ni lemah juga matematik walaupun ada mengajar matematik ;)
Bila tengok Lobster dekat pasar Mukah jer memang teringin nak makan. Tapi bila bab nak masak yang tu saya tak berapa reti. Tengok Channel rancangan memasak dekat ASTRO tu macam-macam cara mat salleh masak. Tapi kebanyakannya guna arak. Ada kawan saya tu (lelaki masih bujang) terpengaruh dengan masakan mat Salleh ni. Dia suka guna istilah 'Half Cook' semasa memasak (hehehe malas saya nak komen lebih-lebih). Tapi yang pastinya, bila masak Lobster ni dia tukar arak tu guna Coca-Cola;). Tentang rasanya saya tak berani nak komen sebab tak pernah rasa masakan beliau. Tapi yang pernah rasa tu dapat lah 5 bintang daripada 10. Kira Ok lah kan.
Jadi kalau ada sesiapa yang ada resepi atau tips cara nak masak lobster ni boleh ler berkongsi di laman Blog ni. Nanti saya akan sampaikan dekat rakan saya yang sukan masak lobster 'Half Cook'. Gambar yang saya paparkan di atas menunjukkan Lobster yang sedang di rebus. Kemudian saya tuangkan kuah 'Sweet-sour'. Bolehlah asal dapat masuk perut.
0 Ulasan